Thursday, December 27, 2012

Saya mahu kahwin.

Assalamualaikum...

Saya mahu berkahwin dengan orang yang know my right as a woman and as a wife. Yang include me in a part of a big decision making. Yang boleh dibawa berbincang.

Saya mahu berkahwin dengan orang yang boleh membimbing saya ke jalan Allah. Yang boleh membuat diri saya lebih dekat dengan Allah. Yang sentiasa menegur dengan baik bila kesalahan dilakukan.

Saya mahu berkahwin dengan orang yang tahu jaga maruah isterinya. Yang senantiasa menghargai segala usaha kerja isterinya. Yang memahami akan isterinya.

Bukan dengan orang yang pandang perempuan ni lemah. And use that “I’m your husband. Disobey me and you’ll sin” power. And treat us more like a slave rather than their life partner.

I’m just saying..

Sunday, December 16, 2012

To my friends..

Assalamualaikum...

KOrang rindu sangat kat korang.. Kat sini x jumpe lagi kawan macam korang.. Yang boleh ingatkan aku ada kelas ke x.. ada meeting ke x.. nk makan ke x... kongsi nota sama2.. belajar sesama..dan yang paling best kita x pentingkan diri sendiri..

Emm..I need a friend who can remind me, rather than selfish.. kat sini ntah laaa..ke memang kena pentingkan diri sendiri..



Tuesday, December 11, 2012

Diploma in science holder.

Assalamualaikum....
Official picture from UiTM dah keluar..ni laa hasilnya..
Berdebar-debar nak naik atas stage tu amik scroll dari VC Sahol Hamid..
Walaupun tak dapat pakai selempang..dapat 1st class pon okay laaa..Alhamdulillah...
Nak pakai selempang kene dapat ANC every sem ye..


ps: Target degree ni sekurang-kurangnya nk dapat 1st class jgk..nak dapatkan ANC tu macam susah je gayanya..muahh

Sunday, December 02, 2012

Teguran.

Assalamualaikum...

Janganlah terlalu AMBIL HATI apabila ada yang menegurmu. kadangkala mungkin kita tidak berapa setuju dengan TEGURAN mereka itu.

TETAPI.. Bukankah LEBIH BAIK jika ada yang menegur daripada tiada siapa peduli akan KESILAPAN yang ada tidak kita sedari?

Teguran adakala MENYAKITKAN tapi ianya BERNIAT untuk MENYELAMATKAN kamu daripada KESAKITAN yang lebih pedih.


Salinglah MENJAGA dan MENASIHATI antara satu sama yang lain,
InsyaAllah..




sumber: fb

ps: boleh tegur jangan menghina..pandai2 laa bezakan antara menegur dan menghina....^^

Saturday, December 01, 2012

Pre-graduation diploma in science.

Assalamualaikum...

Disebabkan nk menjimatkan masa dan tenaga.. Aku hanya sempat menaip ini sahaja dan hanya dpt mengupload beberapa pic sahaja..
Boleh laa nak kata pre-graduation kan...hihi
Konvokesyen UiTM ke-77..
Layann....
suka sangat gambar ni...:)


ada je minah ni..kihkih (nama beliau memang aminah)
Bahu besar.. macam trasformer dah..hihi


Saturday, November 17, 2012

Serabut.

Assalamualaikum..

Malas nak taip ape hari ni. Nak tunjuk gambar je.. ^^

keadaan meja yg memang bersepah..


serabut2...dah kemas pun bersepah balek

cari barang x jumpe gini laa jadinya


Disebabkan pencil box hilang...ni je yg aku ada skrg.. :(  huwaa

isnin 19/11 - test kinesiology
rabu 21/11 - presentation bel
khamis 22/11 - test therapeutic
jumaat 23/11 - test hpy
khamis 29/11 - practical test therapeutic
rabu 12/12 - presentation bel II

running assignment - outline bel, video kinesiology, short note thera, invention thera, hpy assignment...


Sunday, November 11, 2012

Cuti yang bukan cuti.

Assalamualaikum..

Bangun pagi, gosok gigi...arrgghhh tension..
Bosan ..

Aku mengharapkan ni....

Abah telefon aku..
Abah : kakak buat ape tu? dah makan..? sihat tak...?
Aku : belum makan lagi abah..banyak sangat asssignment kena siapkan.. kakak sihat je. Abah sihat? emak dgn adik2 tengah buat ape abah?
Abah : emak tengah masak tu kat dapur. adik2 semua ada ni..
Aku : wahh rindu nya nak makan masakan emak...:(
Abah : hehe xpe nanti kakak balik rumah mesti mak masak sedap2. kakak belajar rajin2 yee.. sayang kakak..mak dgn adik2 kirim salam ni..
Aku : ye abah. walaikumsalam...

Tapi tak boleh. Hanya angan2 aku je.
Abah emak...semoga roh mu dicucuri rahmat...:( rindu sangat2..terlalu rindu..

I really need someone that can hug me and give some strength to me right now..

maap tajuk tak kena dengan content.
Aku jadi makin sensitif dengan dia. Entah lahh..
Dekat 3 hari dah tak mesej.

Friday, November 02, 2012

Assalamualaikum...

Mak.. I really need you rite now... :(  Need your shoulder....
Abah.. kakak penat T_T

Monday, October 29, 2012

Why..?

Assalamualaikum......

Aku tengah stress sekarang. Duk rumah pun stress...Haiiilaaa...


Sunday, October 21, 2012

As physio...(part 1)

Assalamualaikum...

Lepas sebulan lebih as degree student in physiotherapy baru sekarang aku sempat nk menaip ni. Ni pun tengah mengadap buku kinesiology. wahh seriussss memang sangat busy... Lain sangat dari life as diploma student.. Dulu diploma ada juga masa nk baring nk tengok korea nak makan lambat2. Sekarang ni memang x boleh. Assignment berlambak2...presentation bersusun2.. Tiap hujung minggu ada je aktiviti memang x boleh nk lekat kat bilik.

Tapi kita student kan so x boleh nk merungut sangat. nak xnak kena buat juga. nak xnak kena gak naik turun tangga kejayaan yg tinggi tu...huwaaa tangga kejayaan uitm puncak alam memang tinggi semacam. Kalau xnak belajar g balik rumah..hehekk

Bila fikir2 balik kenapa laa aku ambik fisio ek...? Seminggu yg terawal tu aku asyik duk fikir je betul ke pilihan aku ni. Masuk kelas thera kena buat exercise... passive active exercise, stretching, curcuit training lg..kelas ni mmg banyak practical, pegang sana pegang sini angkat sana angkat sini. Yang teori nye kami kene buat presentation kt kelas..

Kelas kine plak memang mula2 sangat menakutkan. Lec bg kertas majung(betul ke ni aku eja), bagi tajuk, bg group kecil2 pas tu bincang buat presentation kt kelas.. Huwaaa aku dahh laa blur2... Nasib ada student post-diploma fisio, dapat laa dieorang terangkan sikit2. Tapi dieorang ni semua terer woo.. Semua part tulang dengan muscle kt badan ni dieorang hafal.. Kine ada practical lab juga..practicalnya kena palpate tulang dengan muscle kt badan...huwaa Lec cakap kalau x jumpa tulang cari smpai jumpa..! Memang buat muka x malu laa sbb kena expose tapi opkoss la kalau pempuan ada masuk station yang ada langsir mcm kt spital tu.. Selalu lelaki laa kena jadi model expose kat depan kiteorang..just bukak baju je kalau x cmana nk palpate tulang dengan muscle kan...

Kelas electro modalities sgt best...dapat guna mcm2 alatan. Ada hot pack, cold pack, infrared, cryocuff dn byk lg...hehek  Agak2 ada sakit kat badan mcm back pain ke masuk kelas electro boleh lega skit....^__^
Kelas yg xde practical pun boleh tahan susah jgk tau mcm anatomy, psychology, bel(yaaa aku kena amik bel lg!)
xde dah novel2 atas meje study ni

Kelas aku semua start pagi balik sampai ke petang...... walaupun jumaat tu x dok kelass tapi kelas ganti je memanjang...:( Lagi satu aku join circuit training yang akak senior buat utk research dieorang.. aku kena buat exercise (eg: push up, sit up, jump rope, comandor jump dan mcm2 lg) 1 minggu 3 kali. pastu kene complete kan 6 minggu...huwaaa mula2 buat rasa nak nanges sbb memang sakit sume badan2 aku. yela terkejut kot aku mana penah exercise sgt...Agak2 aku makin gemuk ke kurus laa ekk...aduyaiii...

Kesimpulannya, aku sesuai ambik fisio sebab aku ni pemalas bab2 exercise. Nak jadik doctor aku x pandai sangat..tengok orang potong2 kt movie je aku dh terjerit2. Sah fisio sesuai..fisio kena aktif mcm atlet..ecehh

Makk abahh...kakak ada test besok.... (hoho kan best kalau aku boleh tipun dan cakap kat mak abah cm ni bila esk aku ada test). Jeles tgk orang laen boleh buat cm ni...:(

ps: hoho maap karangan aku panjang sgt. Lama x membebel ni laa jadinya. Patutnya byk lg tp sbb aku dh kebuluq ni. nk g makan dulu. Hidup fisio...! hehek ^___^

Monday, September 24, 2012

Journey.

Assalamualaikum...


Friday, September 07, 2012

Hai awak..

Assalamualaikum...

Hai nama saya ________ (cik nuna x bagi nama lagi). Tengok dalam plastik lagi ni.
Selamat berkenalan. Saya akan ke uitm puncak alam esok.


Tuesday, September 04, 2012

Dah besar saya nak jadi?

Assalamualaikum...

Dulu masa kecil-kecil arwah abah tanya nak jadi apa kak? 
**Nak jadi Doktor..!

Dah masuk sekolah rendah, cikgu tanya nak jadi apa yati?
**Nak jadi Cikgu...! Macam cikgu sekarang..(sambil buat muka gedik)

Dah sekolah menengah, kawan-kawan tanya nak jadi ape yati?
**Nak jadi Askar...! Berkorban untuk agama, bangsa dan negara....! (Merah membara semangat waja)

Dah nak habis sekolah, cikgu tanya lagi..nak jadi apa yati?
**Nak jadi Nurse laa... comel je.. Pakai baju cantik bersih...

Dah mula diploma, orang tanya nak jadi apa nor?
**Nak jadi entahlah apa-apa pun boleh yang penting halal...

Dah nak habis diploma, kawan tanya lagi nak jadi apa yati? Tak nak kerja ke?
**Apa-apa jela yang aku dapat time degree nanti... Ku berserah..

Dah dapat ke degree, orang tanya nak jadi apa nor?
**Nak jadi ahli fisio la kak dengan isteri yang solehah dunia akhirat...hihihi
Amboi ko nor...gatal naa.. Habiskan belajar dulu, jaga tingkah laku kat tempat orang, solat jangan tinggal, jangan lupa doakan mak dengan abah.

Aku beli natang ulat ni kat ayer hitam semata2 nak bawa g uitm puncak alam.
(Angah yg belanja sebenarnya)


Monday, September 03, 2012

Kemalasan.

Assalamualaikum...

Sejak dua tiga empat minggu dah berminggu ni aku malas betul nak menaip nak update blog. Kalau betul-betul banyak yang aku nak cerita ni. Nak mesej or call pun aku malas kecuali yang penting-penting. Minggu depan dah masuk study semula. Umur sekarang 21...Habis study umur aku dalam 24 or 25 tahun.. Lepas tu kena cari kerja..Lalalala... Bila nak mendirikan masjid ni...Ecehhh Dapat pahala tau bina masjid.. Bila nak pergi jejakkan kaki kat makkah pun aku fikir. Semua aku fikir. So, makcik yang tengah menaip ni jangan malas-malas ye..!
Adik-adik gue yang gojes dengan tahap mengade-ngade 100%.

***Eh dulu kan arwah mak kan umur 24 dah lahirkan aku...huhu

Monday, August 27, 2012

Aidilfitri 2012

Assalamualaikum....

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin daripada saya, 
bakal suami dan bakal anak2 saya...^^
Halalkan makan minum ataupun ada terkasar bahasa..
-__________-


Sunday, July 01, 2012

Anak aset dunia.

Assalamualaikum...



Walau setinggi mana pun kita belajar ilmu dunia ni, DEGREE ke, MASTER ke, PHD ke, tapi kalau bab bab ILMU AKHIRAT sekalipun kita pandang remeh temeh, tiada gunanya.
Yang pasti, semua akan mati. Wajib kita ambik port AGAMA.

Sunday, June 24, 2012

Kelas motorsikal B2.

Assalamualaikum...

Aku sekarang tengah mempraktikkan (bahasa apa laa ni) apa yang aku belajar masa kelas motorsikal. Sejujurnya memang kat rumah aku tak buat laa benda2 ni. Lagi2 bab nak tekan gear sebab kat rumah guna skuterrrr.........press je minyak jalannn... Memang agak terkial laa aku nak start motor masa kat kelas kan. Bukan tak reti tapi sebab cuaca panas laa..hihi Cikgu dah tersengeh2 duk perli aku..

Sebelum bermula (ehh..dah macam nak mula lumba daaa)
0.pakai topi keledar...!
1.check gear..
2.hidupkan enjin..
3.signal kiri dan kanan (depan belakang)
4.lampu tinggi
5.lampu belakang
6.side mirror
7.hon
8.masuk gear 1
9.pandang belakang angkat tgn kanan
10.jalan

Banyak lagi step yang kena ikut sebenarnya. Tapi aku dah ngantuk..huhu Doakan aku 3hb 7 ni test jpj...:)

ps: Macam mana nak buat bunyi tayar masa brek kecemasan tu ekkk...???

Saturday, June 23, 2012

Fly Fashion.

Assalamualaikum...

Hai semua..:) sihat? Hari ni aku baru berkesempatan untuk mengupdate blog. Kalau tak memang dah nak update semalam2 nya dah. Tapi ada keje sikit.

Nak tanya ni..Korang mesti suka shopping kan. Cuci2 mata tengok baju lawa2 pastu ada yang berkenan mesti nak beli kan. Hah aku nak suggest kat korang butik online yang super ohhsemm ni... Aku rasa dah 3 kali kot aku berjual beli dengan butik ni. Kualiti baju memang terbaekk....dan tak mengecewakan..^^

Siapa2 yang berminat dengan t-shirt muslimah, blouse dan pelbagai jenis kain seperti thai silk dan english cotton boleh laa singgah2 kat butik ni. Mana tahu ada yang berkenan boleh laa beli baju raya sekali kan...:)

Jom like Fb butik Fly Fashion. Klik link kat bawah ni..

Selamat bershopping...! 

ps: please come to support my friend. thanks...:)

Wednesday, June 20, 2012

Kahwin ke belajar?

Assalamualaikum..




Tuesday, June 19, 2012

Cuci pinggan.

Assalamualaikum..

Rutin harian berjalan seperti biasa. Cuma 1 je aku nak persoalkan kat sini. Kenapa ye orang yang dah makan atau minum ni malas sangat nak basuh pinggan mangkuk tu sendiri.

Kat hostel pun sama kat rumah pun sama. Agak2 rasa macam ada orang gaji kot yang nak tolong basuhkan. Kat hostel aku tengok kadang2 sampai bersemut berbau dah. Haii laa susah sangat agaknya nak basuh terus.

Aku cukup tak suka orang pemalas basuh pinggan kalau nenek aku yang malas tak pe sebab aku faham mungkin dia penat ke. So renung2kan dan jangan malas2 nak basuh pinggan sendiri lepas makan.

Ehh cuci dengan basuh tu sama je kan maksudnya?

Sunday, June 17, 2012

Awass...

Assalamualaikum..

Lamanya hai aku tak taip panjang2 dalam ni. Duk rumah pun macam bz benor nak menaip.. Bila datang mood nak menaip ada je hal nak buat.. *alasan..!! Sebenarnya banyak benda aku nak taip nak luahkan kat sini. Tapi nanti2 laa aku cerita.

Sejujurnya aku dah bosan duk rumah dan aku tak sabar nak sambung study balik.. Nak keje tak boleh sebab kena jaga budak kt rumah. Aku bukan tak suka jaga budak aku tak kisah pun lagi seronok adalah tapi dah macam aku pula yang jadi mak dieorang. Semua benda aku dengan adik aku buat. Alasan tak bagi aku keje "Nak buat ape keje? nak beli beras ke? selama ni ko tak makan ke?".. Aku..?diam je yang aku mampu kalau melawan kang semua benda dia nak ungkit. Tak pela aku pun menumpang so kena pandai bawa diri. Tak pela aku tak keje tak dapat gaji pun jaga budak2 tu aku ikhlas kn hati sebab nak tolong nenek aku. Kalau aku keje nenek aku laa yang kena jaga budak2 ni lepas tu adik aku balik sekolah kena masak lagi. Cian adik aku. Sekurang2nya bila aku kat rumah aku ringankan beban adik dengan nenek aku.

Ada 1 hal lagi pasal adik aku yang kat jb. Yang ni lain kali laa aku cerita. Kadang2 aku rasa macam semua orang duk permainkan aku adik beradik..! Setuju bila tinggal dengan orang lain adalah tak sama bila tinggal dengan mak abah sendiri.

ps: Maaf entry agak peribadi kalau agak2 tak suka boleh stop follow blog ni. Aku tak kisah. Sebab kt blog ni je aku boleh bercerita.

Thursday, June 14, 2012

Nothing.

Assalamualaikum..

Tuesday, May 29, 2012

Ya Sudahlah.

Assalamualaikum..


Ketika mimpimu yg begitu indah
Tak pernah terwujud ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu
Dan tak pernah sampai ya sudahlah
* apapun yg terjadi ku kan selalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih ’cos everything’s gonna be okay

Friday, May 11, 2012

Kembara Mahkota Johor 2012.

Assalamualaikum...

Kembara Mahkota Johor kembali lagi..
Ingat lagi dulu kecil2 masa sekolah rendah duk tunggu depan sekolah sebab nak melambai motor2 besar. Tak tahu penat pun masa tu. Seronok duk main2 dengan kawan-kawan adalah.

Sumber: KMJ2O12


Sultan Johor
ps: Semoga selamat hendaknya perjalanan Kembara Mahkota Johor kali ni...:)

Tuesday, May 08, 2012

Anak.

Assalamualaikum...

Anak perempuan senang nak didik tapi susah nak jaga. Anak lelaki senang nak jaga tapi susah nak didik.

Tapi zaman sekarang ni dengan tv, fb, twitter dan macam2 teknologi berinternet yang ada kalau di salah gunakan..anak-anak tak kira lelaki atau perempuan kalau tak di didik dari kecil dah besar memang susah nak di jaga. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting...:)

Sunday, May 06, 2012

Pagi tadi.

Assalamualaikum..

Pagi tadi aku teman nenek pergi balairaya. Katanya ada orang buat check kesihatan. Aku pun vrom vrom moto g balairaya dengan nenek. Sampai-sampai tengok tak ramai lagi. Lepas nenek aku kena check tiba-tiba orang tu panggil aku.

"yang kat sana tu tak nak check ke?"
Aku "Err....tapi saya tak bawa ic"
"Tak pe2..tapi ingatkan no. ic"

Aku pun duduk kat kerusi untuk di check tekanan darah.

"Umur berapa dik? Dah kahwin belum ni"
"Hah..belum lagi kak (patutnya aku dah boleh panggil makcik). Saya 21 baru habis belajar. Akak dari mana?"
"Owh muda lagi. Saya dari Johor. Sebelum ni penah check kolestrol tak?"
"Tak penah kak. Nape ye?"
"Tekanan darah awak rendah tapi jantung awak pam laju. Pernah tak rasa nak pitam ke pening-pening ke?"
"Pernah juga. Kalau macam baring lama sangat pastu bangun jadi pening"
"Awak selalu terkejut atau berdebar-debar ke? Awak ada semput ye?"
"Berdebar-debar? Emm..tak de kot kak. Dulu masa kecil2 saya memang ada semput sekarang tak da rasanya"
"Suka minum air 100 plus x?"
"Tak sangat kak. Saya kurang minum kalau dah teringin baru minum. Nape kak?"
"Balik rumah nanti banyakkan minum air masak jangan amalkan minum air gas ye. Takut semput awak datang balik. Petang2 buat senaman sikit ke. Kalau rajin main laa badminton ke berbasikal ke ye"
"Okay kak. Terima kasih kak"

Selesai. Aku pun ajak nenek aku balik. Tapi orang yang check2 tu dok tahan. Dipendekkan cerita sebenarnya dieorang nak promote sejenis kopi kesihatan namanya Mah**** De**... Dan nenek aku serta hampir kesemua yang datang ke balairaya itu telah membelinya. Harga kopi tu ialah RM130 berserta keahlian. Haii laa manusia..kalau nak jual cakap la dari awal. Kalau aku duk rumah dah siap masak kot. Tapi takpela maybe ni rezeki dieorang.  "Tangan ke bahu, mata ke atas"

Saturday, May 05, 2012

Ayam masak ungkep.

Assalamualaikum..
Hai semua.. sihat tak? Ramahnya laa aku.hihi Sebenarnya nak share satu benda ni. Semalam tengahari aku masak lauk ayam masak ungkep. Orang kata ni makanan jawa. Dari segi mana yang jawanya pun aku tak tahu. Sapa nak try masak boleh laa try resepi aku ni..cehh resepi aku eh.. Sebenarnya aku pun tengok resepi orang lain juga cuma aku ada tambah sikit2 je.

Bahan-bahan:
Ayam (potong kecil-kecil tapi jangan kecil sangat pula ye)
*4 biji bawang merah (bawang merah aku besar-besar)
*2 ulas bawang putih
*2 sudu makan ketumbar
*1 sudu makan jintan putih
*2cm kunyit hidup (kalau pakai serbuk kurang sedap)
*1cm halia
*5 biji cili padi (kalau nak pedas lagi boleh tambah)
2 batang serai - diketuk
sekeping asam keping
garam
air

Cara-caranya:
1. Blend/kisar bahan yang bertanda *. Kalau rajin nak tumbuk pun boleh juga. Aku blend je sebab nak cepat.
2. Panaskan minyak (jangan letak banyak sangat). Tumis bahan yang di kisar tadi bersama serai sampai pecah minyak ataupun garing sikit (agak-agak dah naik bau). Masukkan sedikit garam.

3. Masukkan ayam dan gaul rata. Tambahkan sedikit air. Tutup kuali. Biar dalam 10-15 minit supaya ayam masak.

4. Masukkan asam keping. (Kalau ayam tak masak lagi tambahkan sedikit air)
5. Bila dah agak-gak kering tutup api. Dah siap.. Sedap kalau makan dengan nasi panas..:)

Friday, May 04, 2012

Fesyen Muslimah : Trend & Hukum.

Assalamualaikum..
Jom kita tengok video ni...:) Isu sanggul bonggol unta, tudung ala paderi sister gereja, pakai tudung macam bungkus aurat sahaja dan lain-lain.



Saturday, April 28, 2012

Kasih Abah.

Assalamualaikum..

Semalam result last sem keluar. Tamat sudah diploma. Aku kini pemegang diploma sains.

Kalau abah ada lagi mesti abah cakap "tahniah kakak..pandai anak abah ni"
Aku ingat lagi dulu lepas dapat result upsr walaupun aku tak dapat 5A abah tetap senyum cium pipi aku. Lepastu abah cakap "nak hadiah apa kak?" Aku cakap nak jam tangan. Aku langsung tak terfikir susah payah abah keje..aku main sedap2 je order jam tangan. Tapi abah tetap beli juga. Abah kata tu hadiah sebab aku dah berusaha sungguh-sungguh. Abah suruh jaga jam tu elok2.
Tapi aku tak dapat nak jaga jam tu elok2.. Masa aku form 1 kat asrama jam tu jatuh pecah. Aku nangis malam2 sorang-sorang..:(  Itulah satu2 hadiah yang aku sayang lepas abah pergi..


Lepas tengok result semalam aku bersyukur sebab aku lulus semua. Boleh grad. Tapi aku tak tahu kenapa hati aku tak rasa gembira. Macam ada sesuatu yang hilang dan tak kena. Bukan hadiah yang aku nak. Tapi entahlah.


Abah..kakak rindu abah. Rindu mak sangat2. Kasih sayang mak dengan abah memang tiada gantinya. Semoga Abah Mak Adik tenang di sana.

Wednesday, April 25, 2012

Notes for myself & you..!

Assalamualaikum...


ps : Asal nak dekat lunch je aku pening kepala fikir nak masak pe..? mula la terhegeh-hegeh cari resepi..

Tuesday, April 24, 2012

Endless love vs Annisa.

Assalamualaikum..
Vs

Eh pehal ada gambar si Dingdong Dantes je ni...?
Ni antara drama yang hampir setiap hari aku tengok. Kadang-kadang terlepas tengok juga.

Monday, April 23, 2012

Begini caranya.

Assalamualaikum..

Layan juga laa..:)

ps: blog ada interface baru daa....

Friday, April 20, 2012

Hijabista.

Assalamualaikum...

Majalah baru ni. Aku pernah nampak stailista (kalau tak silap la) tapi ni hijabista. Makcik aku baru beli hari tu. Ni untuk edisi pengenalan keluaran april 2011. Harga Rm10.. Sapa yang minat fesyen2 tudung bawal ke shawl belit terhurai sana sini ke boleh laa beli majalah ni. Banyak info untuk yang minat fesyen. Ala-ala macam majalah In-trend ni.

Setakat yang aku dah belek selak sana selak sini majalah ni not bad laa. Boleh laa juga kita yang perempuan ni cuci mata tengok tudung cantik2 stail habis laa kan. Makcik aku siap tanya "kak tak nak buat ke yang macam hana tajima tu yang kelepit-kelepit (tak faham dah) tu?" Aku garu2 je kepala yang tak gatal..

Tuesday, April 17, 2012

Saya dah REMOVE dia.

Assalamualaikum...
maafkan je ye.

".. saya dah REMOVE dia, padan muka, menyakitkan hati je.."
Terfikir: Sungguh Allah Maha Penyayang & Maha Pengampun, Baginda Nabi juga sangat penyantun & pemaaf. Berapa kerap kita 'sakitkan hati' Allah s.w.t? Tapi Allah tetap tak terus REMOVE kita dari dunia ni, tetap bagi peluang, tetap bukakan ruang ampunan, walau keingkaran kita berulang, walau dosa kita seluas lautan..

Friday, April 13, 2012

Rindukan seseorang??

Assalamualaikum...


Rindukan seseorang??
Amalkan doa ini..(^_^)



[Doa Nabi Yusuf Kepada Zulaikha]

"Ya Allah,
sampaikan salam rinduku
kepada ................ (nama penuh insan tersebut ),
sehingga aku menjadi kerinduannya..
Amin.. :)

Thursday, April 12, 2012

Zina hati.

Assalamualaikum..
Dari google

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi  mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!

Yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. 

Contoh kekeliruan
Pertama : “Astaghfirullahalazim!  Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram  sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM berdosa.”

Komen beliau : Alangkah jahilnya. Bagaimana mungkin perasaan cinta yang timbul dalam hati itu dianggap haram dan berdosa???

Kedua : Saya telah mengambil keputusan meninggalkan pasangan saya kerana saya tahu ianya sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Dan alhamdulillah saya juga telah mengambil langkah dengan bernikah dengan seorang gadis melalui cara yang lebih baik iaitu melalui pernikahan secara Islamik.

Komen beliau: Astaghfirullah, bercinta dengan seorang gadis, kemudian merasakan perkara itu sebagai salah lalu memutuskan hubungan. Kemudian mengambil langkah penyelesaian dengan berkahwin dengan gadis lain?
Mengapalah “terlampau cerdik” sampai ke tahap ini??? Kalaupun anda merasakan hubungan anda itu salah dan berdosa, apa yang anda perlu lakukan adalah bertaubat daripada dosa dan  membaiki dosa tersebut.

Firman Allah dalam Surah Al-Ma’idah, ayat ke-39.
((فَمَنْ تَابَ مِنْ بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ))
Maksudnya: ((Sesiapa yang bertaubat selepas kezaliman yang dilakukan dan membaiki kesilapannya maka sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa ke atasnya)).

Seorang pencuri, apabila sedar dan insaf atas dosa yang dibuat, maka dia perlu bertaubat daripada dosa mencuri tersebut, dan membaiki dosa tersebut dengan memulangkan kembali segala barang-barang yang dicuri.

Seorang lelaki yang bercinta dengan seorang perempuan sehingga terjebak ke dalam perkara-perkara dosa, apabila sedar dan insaf perlulah bertaubat daripada dosa yang dilakukan, dan membaiki dosa tersebut. Bagaimana untuk membaiki dosa tersebut? Iaitulah dengan mengahwini perempuan itu.
Bukannya dengan memutuskan hubungan dan kemudian berkahwin dengan perempuan lain. Mengapa mahu berkahwin dengan perempuan lain sedangkan si dia ada dan masih menyimpan cintanya terhadap kamu?

Adakah pada pandangan anda perempuan itu tidak layak diperisterikan kerana sudah ternoda? Ooo, kiranya kamu bersihlah tiada noda? Siapa yang menodainya? Kamu juga. Kononnya nak mencari yang suci bersih walhal diri sendiri terpalit dengan kekotoran. Jenis manusia yang tak sedar diri.



ps : Ini bukan 100% penulisan aku. Sekadar perkongsian kepada rakan-rakan blogger semua...:) Aku hanya kongsikan beberapa perenggan penulisan beliau. Kalau masih ragu-ragu atau kurang faham sila lah singgah ke laman beliau..

Wednesday, April 11, 2012

Bagai ditelan mati emak diluah mati bapa.

Assalamualaikum..

Bagai ditelan mati emak diluah mati bapa.

Maksud: Keadaan yang amat serba salah. Menggambarkan satu situasi dimana seseorang berada dalam keadaan tersepit di antara dua keadaan atau antara dua pihak atas sebab-sebab tertentu. Menceritakan bahawa kedua-duanya adalah sama penting, sama bernilai. 


Aku rasa aku macam strawberry kat atas tu. Kalau laa aku boleh memilih mana yang terbaik.. Hmm

ps : Ahad ni mula kelas motosikal. Ceramah dari pagi sampai petang tu.

Tuesday, April 10, 2012

Jatuh cinta.

Assalamualaikum..
Mesti semua orang pernah jatuh cinta kan. Jom fahamkan kata-kata kat bawah ni...:)
Sumber : drmarzuki

Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.

Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.

Jatuh cinta adalah perkara yang tidak mampu dikawal, hal itu terletak  pada kuasa Allah dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membebankan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mereka mampu melakukannya.

Monday, April 09, 2012

Apa tujuan kamu berblog?

Assalamualaikum..
Aku blogwalking ke blog2 tadi. Aku terfikir sebenarnya apa tujuan aku ada blog ni.?


Aku tengok ada blog yang cerita tentang gf/bf dia la duk post gambar pergi date laa pastu caption "with my en hubby" duk rapat sambil tengok pantai bagai. Err ingat ko sweet laa...! Kadang2 ada terfikir jugak eh dia ni dah kahwin kot (fikir positif laa kan). Tetiba lepas tu baca entry ada statement "Waa takut tak lama lagi nak pmr" Hai laa adik nak pmr ko tahu takut tapi dosa doploh empat jam ko tak takut. Padamlah gambar yang tak sepatutnya tu eh. Kesian kat ayah dengan abang.


Btw aku paling suka blog masak-masak. Boleh tengok resepi dalam blog dia. Wahh best tu boleh cuci mata tengok makanan..:)
Aku tak cakap blog aku bagus ye. Tapi sekurang-kurangnya tak salah kan kalau kita nak ke arah kebaikan.


By Hilal Asyraf :
Kita ada blog,
kita gunakan dengan sebaiknya untuk mengumpulkan pahala.
Dari publicly cerita fasal ex boyfriend/girlfriend,
lebih baik publicly ceritakan akan kebesaran Allah SWT, dan pengalaman bermakna hidup sebagai hambaNya di atas muka bumi ini.

Saya comel. 



Sunday, April 08, 2012

Tapi bagaimana?

Assalamualaikum...

Esok nak pergi pejabat pos nak pos dokumen upu semua. Nak register lesen moto yg rm390 tu (minta2 laa esok nyonya tu boleh bagi discount sikit). Dengan nak settle kan tentang projek aku masa cuti ni. Harap menjadi la. Ameen.


Maaf tajuk entry tak dok kene mengena dengan apa aku nak cerita. Saja nak bagi korang dengar lagu ni. Baru balik dari kenduri kerja kahwin kat kampung ni. Penat.

Pendapat korang: Kalau ada makcik kat kampung tanya "anak ni dah berpunya ke?". Maksudnya apa..??

Saturday, April 07, 2012

Segmen : Blogwalking dan Review.

Assalamualaikum...

Aku join segmen miss Z.. Macam menarik dan best je..:) Hai miss Z...

Cara-caranya :
Buat tajuk entri : Segmen Blogwalking dan Review
Nak follow blog beliau,terpulang kat korang
 Letak banner kat atas tu dan linkkan ke entri beliau
 Nak tag rakan blogger lain pun terpulang kat korang
Tugasan korang, kritik/komen/review blog mereka yang join segmen ne.Apa yang patut mereka buang/tambah baik/sebagainya
Dah siap..Hantar link korang 

 tarikh tutup : 14 April 2012,jam 2 petang
ps: Blog aku memang simple sangat dan putih gitu...

Thursday, April 05, 2012

Sahaja aku mencintaimu.

Assalamualaikum.

Suri rumah tangga.

Assalamualaikum...

Nenek suh masak ayam asam pedas. Tapi dah siap jadi ayam paprik pulak.. Aduhai nasib laa sedap (puji diri sendiri dah ni).. Ayam asam pedas tak pakar lagi la nenek.. Esok-esok masak ayam asam pedas eh...:)

Dah siap masak tu terus bagi raudhah dengan sumayyah makan. Waaa..dah pukul 12.30 ni lambat dah ni.. Sambil makan aku buka puss in boots kat lappy. Mata dieorang kat lappy aku pun suap je sampai licin. Sedap kot lauk ayam paprik aku..kihkih Kalau tak susah sangat nak makan nasi.. Nak tunggu aku jadi tarzan kat rumah baru nak nganga mulut.
Sumayyah
Raudhah
1.30 hantar raudhah pergi sekolah. Merempit lagi aku..!
Dah macam suri rumah tangga dah aku time cuti ni. Kemas rumah masak makan basuh baju main lappy...ehh..

ps: Bila laa aku nak jenguk adik aku kt jb..haiilaa

Tuesday, April 03, 2012

Al-Risha.

Assalamualaikum..

Tadi pagi aku dengan sepupu merempit pergi sekolah. Aku minta sepupu temankan sebab aku memang tak berani merempit sorang2...kahkahkah Al-kisahnya aku nak pergi ambil sijil spm je pun. Nak dekat sedekad dah aku biar terperap kat sekolah tu. Sampai je sekolah aku park motor. Cakap kat pak guard nak g amik sijil jap. Aku jalan2 sampai laa pejabat. Bila dah sampai tu eh2..awat macam tak de orang je senyap je ni.. Rupanya pejabat tu dah tukar jadi bilik kaunselling dengan bilik disiplin daa. Aku pun jalan turun tangga. Masa tu loceng bunyi time budak nak rehat rasenya. Ada ke budak lalu sebelah aku cakap "Assalamualaikkum cikgu, cikgu baru eh?". Aku tak sempat nak kata pape. Sepupu aku duk sengih2 je.

Tetiba aku ternampak cikgu azmi aka cikgu kaunselling sekolah. Aku tanya laa cikgu pejabat kat mana? dah tukar eh? Cikgu dengan selambanya cakap "Awak ni pejabat kat blok baru atas tu kat tingkat dua. Ni mesti dah lama tak datang sekolah ni" Aku duk tersengih pastu cakap terima kasih cikgu..huhu. *Aduyai malunya aku...!!

Sampai je blok pejabat tu aku terserempak dengan cikgu shafi'e aka cikgu english aku masa form 5. Aku rasa macam nak lari dari cikgu.( jahatnya aku...huhu). Last-last cikgu yang tegur aku dulu.
 "Eh awak yati hamdan kan. Buat apa sekarang macam mimpi je datang sekolah ni"
Aduhai cikgu perli ke apa ni (dalam hati jela kan) "Err..saya nak ambik sijil spm"
"Aikk baru nak ambil? Jom laa cikgu pun nak pergi pejabat ni"
====Sebelum sampai pejabat tu sempat laa borak sikit dengan cikgu shafi'e tapi memang aku tak speaking pun laa...huahuhahua..====

Smk Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh a.k.a Sek Al-Risha memang banyak dah perubahan. Blok baru semakin banyak kot dah la sekolah atas bukit. Tapi aku tetap sayang sekolah ni walau banyak mana pun dia berubah..cewahhh.. Aku daftar sekolah ni masa aku form 2. Form 1 aku sekolah lain. Kawan-kawan dengan cikgu-cikgu semua memang best....! I lap u Al-Risha...!

ps:Tak dapat nak ambil gambar sebab aku tertinggal hp mahal (okay bajet macam i phone laa kan). Satu lagi tadi aku sempat tanya nyonya tempat ambil lesen  harga nak buat lesen moto berapa. Dia cakap Rm390....!! Mahalnya lahai.. (Huhuhu..aku bawa moto tadi tak dok lesen dong..)

Sunday, April 01, 2012

Mutiara hati #8.

Assalamualaikum...

Kadang-kadang, dalam menjaga hati org yang kita sayang.. 
kita sanggup diam dan mengalah. ❤¸.•✿´¯
Kadang-kadang, dalam menjaga hati org yang kita sayang.. 
kita sanggup sakit dan berdarah..
Ibarat lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi yang lain ~




Aku baru lepas habis baca novel 7 hari seminggu (7 hari mencintaiku tajuk sebenar).. Perangai Khuzairi sama macam yang aku tulis kat atas tu. Dia sanggup buat apa saja untuk Mia Adriana. Aku tak berapa suka Mia dalam novel ni dan lagi membuatkan aku tak suka nama Mia. 


Pengajaran dalam novel ni: First, jangan pandang orang lain sebelah mata..Sebab kita tak tahu apa akan jadi kat kita pada masa akan datang. Hidup macam roda kalau sekarang kita kat atas mugkin esok lusa tak mustahil kita akan berada di bawah.
Second, cuba belajar menghargai orang yang sayang kita setengah mati. Walaupun kita mungkin tak dapat balas tapi cuba hormati perasaan nya. 


ps: Aku terlebih emosi sebab baca novel ni. Thanks awk..!! Yeah...dah April...:)

Saturday, March 31, 2012

Episod di UiTM kuala pilah #2.

Assalamualaikum..

Dulu masa mula-mula masuk uitm kuala pilah. Aku cakap "Err jauh nya tempat ni. Hijau je pula tu" "Macam tak best je nak belajar kat sini".. Masuk je pintu masuk.. Ehh kampus baru laa..waahhh..pokok dengan rumput pun tak tumbuh lagi. Batch Jun 2009-kami yang duk tolong merasmikan kampus ni dulu dengan Muhyiddin. Kampus ada 6 bangunan kolej kediaman. Best woo duk tempat baru. Semua baru katil baru toilet bersih macam duk rumah sewa sebab ada ruang tamu..! Tapi yang kureng nya aku dapat duk aras 5..wahahaha...kerurusus laa aku..
Ni view dari aras 5 punya..
Sem 1 memang boleh kata sem aku main-main. Seronok sangat agaknya dapat jumpa kawan-kawan baru. Aku memang tak de nya nak study malam-malam. Buat note bagai. Yang aku tahu assignment mesti siap. Batch kami tak dok senior aku pun x dok kakak abang yang boleh aku tanya-tanya. Aku sekadar bergantung harap pada buku. Last result macam hantu..!

Sem 2 aku semangat sikit study dengan kawan-kawan kelas. Study group semua. Buat notes. Adalah juga main-main. Masa ni syllibus memang tough. Tapi result tak juga mencapai apa yang aku nak kan. Sakitnya hati ni...!!
Semester 2..Nostalgia punya gambar ni...
Sem 3..Waa aku suka time ni sebab. First, lecturer semua best2. Lecturer sebelum ni pun best juga tapi ni lagi best...! Aku tak rasa stress sangat time belajar. Thanks Mr.Bio..:)  Second, aku duk serumah dengan kawan rapat aku amira dan aminah. Senang laa nak duk bergosip bagai. Aku diajar cara bergosip berhemah oleh mira. Memang terbaik punya..! Aminah..She is good in everything..! Huhuhu Dan sem ni juga aku dapat kesimpulan yang aku kena ubah cara aku study. Tak boleh ikut cara spm ataupun yang sebelum2 ni. Biarlaa orang nak kata aku asyik duk terperap kat bilik je ngadap buku. Asyik belajar je time study week. Wei study week belajar laa dah tu nak buat pe?? Tu cara aku tu masa depan aku. Korang lain laa study sikit je dah bolah berjaya. Aku kena usaha lebih baru dapat. Dan akhirnya aku dapat apa yang aku nak...:) Alhamdulillah..
Terbaik tak buku rujukan tambahan aku...huhu
Sem 4 Aku kena halau dari rumah dan dicampak kan ke aras 3 oleh upk. Satu rumah tu aku tak kenal. Waa rasa macam student baru mendaftar daa..hihihi Tapi rumah tu memang happening. Romet yang cool dan hosmet yang ohhsemm banget...! Macam biasa aku memang PENDIAM...Kihkihkih dan yang paling best nya aku dapat meja study besau punya.. aku suka..! Result..?? aku boleh tersenyum lebar mungkin berkat aku study atas meja besar dan solat tak tinggal. Orang kata kalau usaha je tapi tak minta pada yang ESA tak dapat juga..Ye tak...?

Sem 5.. Ehh dah sem 5.. sekejap je dahh.. Time ni aku dapat rumah belakang. Kira mengadap hutan belantara. Takut woo..sebab kat sini ada hantu kak limah..(okay gurau je) Tapi memang aku penakut pun.. Buang sampah kat luar pun bukak pintu besar2 kan dayana..?? hehehe Dayana..she is my junior. Aku dah anggap dia macam adik...:) Jangan risau nanti akak kahwin akak jemput deh...hihi

Sem 6 memang busy sangat-sangat. Sampai aku nak basuh cadar pun rasa malas. Sebelum2 ni rajin je memanjang. Tido memang tak cukup.. Time ni tak dok main-main. Projek menanti untuk disiapkan. Malam pagi petang tak tido sehari. Lepas viva je..Waaa...bebas...! bebas apenya padahal final exam x lepas lagi. bila abis je final exam rasa macam tak caya dah tamat 3 tahun aku belajar.. Sekejap je rasa.. Sedih nak berpisah dengan kawan-kawan tu mesti terasa. Sama-sama 3 tahun kat uitm kuala pilah memang mencabar jati diri aku. 6 Bakawali..bak kata que laa kan.. Semoga sukses semua....!! i lap u all...

Sebelum
Selepas 


Sebahagian kawan2 aku...!
Tata Kuala Pilah....:)
Tamat.

Wednesday, March 28, 2012

Episod di UiTM kuala pilah #1.

Assalamualaikum...

Pejam celik main sana main sini dah 3 tahun kat kuala pilah.. Kejap je sebenarnya perjalanan sebagai pelajar diploma ni. Kau takkan rasa lama mana pun sebab alam universiti memang best...! Banyak benda boleh belajar banyak ragam kawan-kawan yang kita kenal.. Dan semua tu sangat seronok. Nak cerita banyak tentang uitm kuala pilah tapi aku dah tak tahan mata ngantuk sangat. Nanti balik rumah aku sambung deh..
Esok aku gerak balik muar naik bas sorang-sorang..huhu
Selamat tinggal Pilah.

Ada gaya doc tak..? InsyaAllah salah seorang akan bergelar doc..
Lab Bio.
ps: Dua ni pic mase semester 1. Sekarang tak yah cakap laa cmane kan...:) Nite semua..

Sunday, March 25, 2012

Segmen: Bloglist April-Mei Bersama Jebat

Assalamualaikum....


Walaupun tengah final exam aku join juga segmen ni deh... Tersangat laa senang tu yang aku join..:)
Sebab cuti nanti nak usha blog orang lain sampai pengsan..!
Nak join...? Klik kat banner atas tu deh..