Tuesday, April 10, 2012

Jatuh cinta.

Assalamualaikum..
Mesti semua orang pernah jatuh cinta kan. Jom fahamkan kata-kata kat bawah ni...:)
Sumber : drmarzuki

Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.

Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.

Jatuh cinta adalah perkara yang tidak mampu dikawal, hal itu terletak  pada kuasa Allah dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membebankan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mereka mampu melakukannya.

1 comment: