Saturday, April 28, 2012

Kasih Abah.

Assalamualaikum..

Semalam result last sem keluar. Tamat sudah diploma. Aku kini pemegang diploma sains.

Kalau abah ada lagi mesti abah cakap "tahniah kakak..pandai anak abah ni"
Aku ingat lagi dulu lepas dapat result upsr walaupun aku tak dapat 5A abah tetap senyum cium pipi aku. Lepastu abah cakap "nak hadiah apa kak?" Aku cakap nak jam tangan. Aku langsung tak terfikir susah payah abah keje..aku main sedap2 je order jam tangan. Tapi abah tetap beli juga. Abah kata tu hadiah sebab aku dah berusaha sungguh-sungguh. Abah suruh jaga jam tu elok2.
Tapi aku tak dapat nak jaga jam tu elok2.. Masa aku form 1 kat asrama jam tu jatuh pecah. Aku nangis malam2 sorang-sorang..:(  Itulah satu2 hadiah yang aku sayang lepas abah pergi..


Lepas tengok result semalam aku bersyukur sebab aku lulus semua. Boleh grad. Tapi aku tak tahu kenapa hati aku tak rasa gembira. Macam ada sesuatu yang hilang dan tak kena. Bukan hadiah yang aku nak. Tapi entahlah.


Abah..kakak rindu abah. Rindu mak sangat2. Kasih sayang mak dengan abah memang tiada gantinya. Semoga Abah Mak Adik tenang di sana.

Wednesday, April 25, 2012

Notes for myself & you..!

Assalamualaikum...


ps : Asal nak dekat lunch je aku pening kepala fikir nak masak pe..? mula la terhegeh-hegeh cari resepi..

Tuesday, April 24, 2012

Endless love vs Annisa.

Assalamualaikum..
Vs

Eh pehal ada gambar si Dingdong Dantes je ni...?
Ni antara drama yang hampir setiap hari aku tengok. Kadang-kadang terlepas tengok juga.

Monday, April 23, 2012

Begini caranya.

Assalamualaikum..

Layan juga laa..:)

ps: blog ada interface baru daa....

Friday, April 20, 2012

Hijabista.

Assalamualaikum...

Majalah baru ni. Aku pernah nampak stailista (kalau tak silap la) tapi ni hijabista. Makcik aku baru beli hari tu. Ni untuk edisi pengenalan keluaran april 2011. Harga Rm10.. Sapa yang minat fesyen2 tudung bawal ke shawl belit terhurai sana sini ke boleh laa beli majalah ni. Banyak info untuk yang minat fesyen. Ala-ala macam majalah In-trend ni.

Setakat yang aku dah belek selak sana selak sini majalah ni not bad laa. Boleh laa juga kita yang perempuan ni cuci mata tengok tudung cantik2 stail habis laa kan. Makcik aku siap tanya "kak tak nak buat ke yang macam hana tajima tu yang kelepit-kelepit (tak faham dah) tu?" Aku garu2 je kepala yang tak gatal..

Tuesday, April 17, 2012

Saya dah REMOVE dia.

Assalamualaikum...
maafkan je ye.

".. saya dah REMOVE dia, padan muka, menyakitkan hati je.."
Terfikir: Sungguh Allah Maha Penyayang & Maha Pengampun, Baginda Nabi juga sangat penyantun & pemaaf. Berapa kerap kita 'sakitkan hati' Allah s.w.t? Tapi Allah tetap tak terus REMOVE kita dari dunia ni, tetap bagi peluang, tetap bukakan ruang ampunan, walau keingkaran kita berulang, walau dosa kita seluas lautan..

Friday, April 13, 2012

Rindukan seseorang??

Assalamualaikum...


Rindukan seseorang??
Amalkan doa ini..(^_^)



[Doa Nabi Yusuf Kepada Zulaikha]

"Ya Allah,
sampaikan salam rinduku
kepada ................ (nama penuh insan tersebut ),
sehingga aku menjadi kerinduannya..
Amin.. :)

Thursday, April 12, 2012

Zina hati.

Assalamualaikum..
Dari google

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zina hati? Adakah jatuh cinta kepada seseorang itu dianggap zina hati? Adakah teringatkan seseorang itu zina hati? Mungkin sebahagian daripada kita akan menjawab: “Ya, itulah zina hati”. Apabila ditanya lagi  mengapa itu zina hati? Jawab mereka: “Kerana kita mengingati seseorang yang ajnabi (bukan mahram) yang tidak halal buat kita”!!!

Yang dimaksudkan dengan zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina, menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati. 

Contoh kekeliruan
Pertama : “Astaghfirullahalazim!  Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram  sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM berdosa.”

Komen beliau : Alangkah jahilnya. Bagaimana mungkin perasaan cinta yang timbul dalam hati itu dianggap haram dan berdosa???

Kedua : Saya telah mengambil keputusan meninggalkan pasangan saya kerana saya tahu ianya sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Dan alhamdulillah saya juga telah mengambil langkah dengan bernikah dengan seorang gadis melalui cara yang lebih baik iaitu melalui pernikahan secara Islamik.

Komen beliau: Astaghfirullah, bercinta dengan seorang gadis, kemudian merasakan perkara itu sebagai salah lalu memutuskan hubungan. Kemudian mengambil langkah penyelesaian dengan berkahwin dengan gadis lain?
Mengapalah “terlampau cerdik” sampai ke tahap ini??? Kalaupun anda merasakan hubungan anda itu salah dan berdosa, apa yang anda perlu lakukan adalah bertaubat daripada dosa dan  membaiki dosa tersebut.

Firman Allah dalam Surah Al-Ma’idah, ayat ke-39.
((فَمَنْ تَابَ مِنْ بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ))
Maksudnya: ((Sesiapa yang bertaubat selepas kezaliman yang dilakukan dan membaiki kesilapannya maka sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa ke atasnya)).

Seorang pencuri, apabila sedar dan insaf atas dosa yang dibuat, maka dia perlu bertaubat daripada dosa mencuri tersebut, dan membaiki dosa tersebut dengan memulangkan kembali segala barang-barang yang dicuri.

Seorang lelaki yang bercinta dengan seorang perempuan sehingga terjebak ke dalam perkara-perkara dosa, apabila sedar dan insaf perlulah bertaubat daripada dosa yang dilakukan, dan membaiki dosa tersebut. Bagaimana untuk membaiki dosa tersebut? Iaitulah dengan mengahwini perempuan itu.
Bukannya dengan memutuskan hubungan dan kemudian berkahwin dengan perempuan lain. Mengapa mahu berkahwin dengan perempuan lain sedangkan si dia ada dan masih menyimpan cintanya terhadap kamu?

Adakah pada pandangan anda perempuan itu tidak layak diperisterikan kerana sudah ternoda? Ooo, kiranya kamu bersihlah tiada noda? Siapa yang menodainya? Kamu juga. Kononnya nak mencari yang suci bersih walhal diri sendiri terpalit dengan kekotoran. Jenis manusia yang tak sedar diri.



ps : Ini bukan 100% penulisan aku. Sekadar perkongsian kepada rakan-rakan blogger semua...:) Aku hanya kongsikan beberapa perenggan penulisan beliau. Kalau masih ragu-ragu atau kurang faham sila lah singgah ke laman beliau..

Wednesday, April 11, 2012

Bagai ditelan mati emak diluah mati bapa.

Assalamualaikum..

Bagai ditelan mati emak diluah mati bapa.

Maksud: Keadaan yang amat serba salah. Menggambarkan satu situasi dimana seseorang berada dalam keadaan tersepit di antara dua keadaan atau antara dua pihak atas sebab-sebab tertentu. Menceritakan bahawa kedua-duanya adalah sama penting, sama bernilai. 


Aku rasa aku macam strawberry kat atas tu. Kalau laa aku boleh memilih mana yang terbaik.. Hmm

ps : Ahad ni mula kelas motosikal. Ceramah dari pagi sampai petang tu.

Tuesday, April 10, 2012

Jatuh cinta.

Assalamualaikum..
Mesti semua orang pernah jatuh cinta kan. Jom fahamkan kata-kata kat bawah ni...:)
Sumber : drmarzuki

Islam datang bukan untuk berkata: “Jangan menyintai dan buang perasaan cinta itu”, tetapi datang dengan mengajarkan kita bahawa andainya kamu jatuh cinta, maka barhati-hatilah agar cinta itu tidak membuatkan kamu terpesong daripada kebenaran.

Islam juga datang bukan untuk mengatakan kepada kita: “Jangan kamu membenci sesama kamu”, tetapi datang untuk mengajarkan andainya kamu membenci seseorang maka biarlah berpada-pada jangan sampai membutakan kamu daripada kebenaran.

Jatuh cinta adalah perkara yang tidak mampu dikawal, hal itu terletak  pada kuasa Allah dan Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan membebankan mereka dengan perkara-perkara yang tidak mereka mampu melakukannya.

Monday, April 09, 2012

Apa tujuan kamu berblog?

Assalamualaikum..
Aku blogwalking ke blog2 tadi. Aku terfikir sebenarnya apa tujuan aku ada blog ni.?


Aku tengok ada blog yang cerita tentang gf/bf dia la duk post gambar pergi date laa pastu caption "with my en hubby" duk rapat sambil tengok pantai bagai. Err ingat ko sweet laa...! Kadang2 ada terfikir jugak eh dia ni dah kahwin kot (fikir positif laa kan). Tetiba lepas tu baca entry ada statement "Waa takut tak lama lagi nak pmr" Hai laa adik nak pmr ko tahu takut tapi dosa doploh empat jam ko tak takut. Padamlah gambar yang tak sepatutnya tu eh. Kesian kat ayah dengan abang.


Btw aku paling suka blog masak-masak. Boleh tengok resepi dalam blog dia. Wahh best tu boleh cuci mata tengok makanan..:)
Aku tak cakap blog aku bagus ye. Tapi sekurang-kurangnya tak salah kan kalau kita nak ke arah kebaikan.


By Hilal Asyraf :
Kita ada blog,
kita gunakan dengan sebaiknya untuk mengumpulkan pahala.
Dari publicly cerita fasal ex boyfriend/girlfriend,
lebih baik publicly ceritakan akan kebesaran Allah SWT, dan pengalaman bermakna hidup sebagai hambaNya di atas muka bumi ini.

Saya comel. 



Sunday, April 08, 2012

Tapi bagaimana?

Assalamualaikum...

Esok nak pergi pejabat pos nak pos dokumen upu semua. Nak register lesen moto yg rm390 tu (minta2 laa esok nyonya tu boleh bagi discount sikit). Dengan nak settle kan tentang projek aku masa cuti ni. Harap menjadi la. Ameen.


Maaf tajuk entry tak dok kene mengena dengan apa aku nak cerita. Saja nak bagi korang dengar lagu ni. Baru balik dari kenduri kerja kahwin kat kampung ni. Penat.

Pendapat korang: Kalau ada makcik kat kampung tanya "anak ni dah berpunya ke?". Maksudnya apa..??

Saturday, April 07, 2012

Segmen : Blogwalking dan Review.

Assalamualaikum...

Aku join segmen miss Z.. Macam menarik dan best je..:) Hai miss Z...

Cara-caranya :
Buat tajuk entri : Segmen Blogwalking dan Review
Nak follow blog beliau,terpulang kat korang
 Letak banner kat atas tu dan linkkan ke entri beliau
 Nak tag rakan blogger lain pun terpulang kat korang
Tugasan korang, kritik/komen/review blog mereka yang join segmen ne.Apa yang patut mereka buang/tambah baik/sebagainya
Dah siap..Hantar link korang 

 tarikh tutup : 14 April 2012,jam 2 petang
ps: Blog aku memang simple sangat dan putih gitu...

Thursday, April 05, 2012

Sahaja aku mencintaimu.

Assalamualaikum.

Suri rumah tangga.

Assalamualaikum...

Nenek suh masak ayam asam pedas. Tapi dah siap jadi ayam paprik pulak.. Aduhai nasib laa sedap (puji diri sendiri dah ni).. Ayam asam pedas tak pakar lagi la nenek.. Esok-esok masak ayam asam pedas eh...:)

Dah siap masak tu terus bagi raudhah dengan sumayyah makan. Waaa..dah pukul 12.30 ni lambat dah ni.. Sambil makan aku buka puss in boots kat lappy. Mata dieorang kat lappy aku pun suap je sampai licin. Sedap kot lauk ayam paprik aku..kihkih Kalau tak susah sangat nak makan nasi.. Nak tunggu aku jadi tarzan kat rumah baru nak nganga mulut.
Sumayyah
Raudhah
1.30 hantar raudhah pergi sekolah. Merempit lagi aku..!
Dah macam suri rumah tangga dah aku time cuti ni. Kemas rumah masak makan basuh baju main lappy...ehh..

ps: Bila laa aku nak jenguk adik aku kt jb..haiilaa

Tuesday, April 03, 2012

Al-Risha.

Assalamualaikum..

Tadi pagi aku dengan sepupu merempit pergi sekolah. Aku minta sepupu temankan sebab aku memang tak berani merempit sorang2...kahkahkah Al-kisahnya aku nak pergi ambil sijil spm je pun. Nak dekat sedekad dah aku biar terperap kat sekolah tu. Sampai je sekolah aku park motor. Cakap kat pak guard nak g amik sijil jap. Aku jalan2 sampai laa pejabat. Bila dah sampai tu eh2..awat macam tak de orang je senyap je ni.. Rupanya pejabat tu dah tukar jadi bilik kaunselling dengan bilik disiplin daa. Aku pun jalan turun tangga. Masa tu loceng bunyi time budak nak rehat rasenya. Ada ke budak lalu sebelah aku cakap "Assalamualaikkum cikgu, cikgu baru eh?". Aku tak sempat nak kata pape. Sepupu aku duk sengih2 je.

Tetiba aku ternampak cikgu azmi aka cikgu kaunselling sekolah. Aku tanya laa cikgu pejabat kat mana? dah tukar eh? Cikgu dengan selambanya cakap "Awak ni pejabat kat blok baru atas tu kat tingkat dua. Ni mesti dah lama tak datang sekolah ni" Aku duk tersengih pastu cakap terima kasih cikgu..huhu. *Aduyai malunya aku...!!

Sampai je blok pejabat tu aku terserempak dengan cikgu shafi'e aka cikgu english aku masa form 5. Aku rasa macam nak lari dari cikgu.( jahatnya aku...huhu). Last-last cikgu yang tegur aku dulu.
 "Eh awak yati hamdan kan. Buat apa sekarang macam mimpi je datang sekolah ni"
Aduhai cikgu perli ke apa ni (dalam hati jela kan) "Err..saya nak ambik sijil spm"
"Aikk baru nak ambil? Jom laa cikgu pun nak pergi pejabat ni"
====Sebelum sampai pejabat tu sempat laa borak sikit dengan cikgu shafi'e tapi memang aku tak speaking pun laa...huahuhahua..====

Smk Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh a.k.a Sek Al-Risha memang banyak dah perubahan. Blok baru semakin banyak kot dah la sekolah atas bukit. Tapi aku tetap sayang sekolah ni walau banyak mana pun dia berubah..cewahhh.. Aku daftar sekolah ni masa aku form 2. Form 1 aku sekolah lain. Kawan-kawan dengan cikgu-cikgu semua memang best....! I lap u Al-Risha...!

ps:Tak dapat nak ambil gambar sebab aku tertinggal hp mahal (okay bajet macam i phone laa kan). Satu lagi tadi aku sempat tanya nyonya tempat ambil lesen  harga nak buat lesen moto berapa. Dia cakap Rm390....!! Mahalnya lahai.. (Huhuhu..aku bawa moto tadi tak dok lesen dong..)

Sunday, April 01, 2012

Mutiara hati #8.

Assalamualaikum...

Kadang-kadang, dalam menjaga hati org yang kita sayang.. 
kita sanggup diam dan mengalah. ❤¸.•✿´¯
Kadang-kadang, dalam menjaga hati org yang kita sayang.. 
kita sanggup sakit dan berdarah..
Ibarat lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi yang lain ~




Aku baru lepas habis baca novel 7 hari seminggu (7 hari mencintaiku tajuk sebenar).. Perangai Khuzairi sama macam yang aku tulis kat atas tu. Dia sanggup buat apa saja untuk Mia Adriana. Aku tak berapa suka Mia dalam novel ni dan lagi membuatkan aku tak suka nama Mia. 


Pengajaran dalam novel ni: First, jangan pandang orang lain sebelah mata..Sebab kita tak tahu apa akan jadi kat kita pada masa akan datang. Hidup macam roda kalau sekarang kita kat atas mugkin esok lusa tak mustahil kita akan berada di bawah.
Second, cuba belajar menghargai orang yang sayang kita setengah mati. Walaupun kita mungkin tak dapat balas tapi cuba hormati perasaan nya. 


ps: Aku terlebih emosi sebab baca novel ni. Thanks awk..!! Yeah...dah April...:)