Sekadar perkongsian untuk sahabatku semua...
Mungkin aku tidak layak menegur kerana siapalah aku..tapi kamu sahabatku yang menjadi kewajiban untuk aku menegur kerana di akhirat nanti aku akan disoal kerana tidak menegur kamu..
Mari sama-sama kita termasuk aku muhasabah diri menjadi yang lebih baik...
Sumber : Allahseeker
Apabila kita berurusan dengan bukan muhrim, kita perlu risaukan kemurkaan Allah Taala. Perbanyakkanlah berdoa semoga urusan dipermudahkan & bebas daripada fitnah. Minta daripada-Nya supaya dipelihara diri dari panahan syaitan. Luruskan kembali niatmu buat tiap ketika kerana syaitan itu licik..
Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita.
Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati yang mempunyai harga diri & takut kepada Ilahi..
Penuhilah syarat-syarat ini, bukan untuk menyusahkan kita, bahkan demi kebaikan bersama, kerana Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya yang taat. Kita manusia biasa yang dikurniakan nafsu & cinta. Allah menciptakan rasa cinta & nafsu bersama-sama dengan batas pergaulan buat hamba-hamba Nya kerana Dia tahu apa kelemahan & kekuatan yang terletak tiap pada ciptaan-Nya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal."
betul tu.. beringat sesama sendiri..
ReplyDeletebetul3....sama2 kte saling ingat mgingati :)
ReplyDeleteoiiiiiiiii, nk pinjam kata2 tuh... Nk sebar kat fb.. bole x, bole x??? -katakpisangsikatakpuru.blogspot.com
ReplyDeleteingat mengingat...
ReplyDelete