Saturday, March 31, 2012

Episod di UiTM kuala pilah #2.

Assalamualaikum..

Dulu masa mula-mula masuk uitm kuala pilah. Aku cakap "Err jauh nya tempat ni. Hijau je pula tu" "Macam tak best je nak belajar kat sini".. Masuk je pintu masuk.. Ehh kampus baru laa..waahhh..pokok dengan rumput pun tak tumbuh lagi. Batch Jun 2009-kami yang duk tolong merasmikan kampus ni dulu dengan Muhyiddin. Kampus ada 6 bangunan kolej kediaman. Best woo duk tempat baru. Semua baru katil baru toilet bersih macam duk rumah sewa sebab ada ruang tamu..! Tapi yang kureng nya aku dapat duk aras 5..wahahaha...kerurusus laa aku..
Ni view dari aras 5 punya..
Sem 1 memang boleh kata sem aku main-main. Seronok sangat agaknya dapat jumpa kawan-kawan baru. Aku memang tak de nya nak study malam-malam. Buat note bagai. Yang aku tahu assignment mesti siap. Batch kami tak dok senior aku pun x dok kakak abang yang boleh aku tanya-tanya. Aku sekadar bergantung harap pada buku. Last result macam hantu..!

Sem 2 aku semangat sikit study dengan kawan-kawan kelas. Study group semua. Buat notes. Adalah juga main-main. Masa ni syllibus memang tough. Tapi result tak juga mencapai apa yang aku nak kan. Sakitnya hati ni...!!
Semester 2..Nostalgia punya gambar ni...
Sem 3..Waa aku suka time ni sebab. First, lecturer semua best2. Lecturer sebelum ni pun best juga tapi ni lagi best...! Aku tak rasa stress sangat time belajar. Thanks Mr.Bio..:)  Second, aku duk serumah dengan kawan rapat aku amira dan aminah. Senang laa nak duk bergosip bagai. Aku diajar cara bergosip berhemah oleh mira. Memang terbaik punya..! Aminah..She is good in everything..! Huhuhu Dan sem ni juga aku dapat kesimpulan yang aku kena ubah cara aku study. Tak boleh ikut cara spm ataupun yang sebelum2 ni. Biarlaa orang nak kata aku asyik duk terperap kat bilik je ngadap buku. Asyik belajar je time study week. Wei study week belajar laa dah tu nak buat pe?? Tu cara aku tu masa depan aku. Korang lain laa study sikit je dah bolah berjaya. Aku kena usaha lebih baru dapat. Dan akhirnya aku dapat apa yang aku nak...:) Alhamdulillah..
Terbaik tak buku rujukan tambahan aku...huhu
Sem 4 Aku kena halau dari rumah dan dicampak kan ke aras 3 oleh upk. Satu rumah tu aku tak kenal. Waa rasa macam student baru mendaftar daa..hihihi Tapi rumah tu memang happening. Romet yang cool dan hosmet yang ohhsemm banget...! Macam biasa aku memang PENDIAM...Kihkihkih dan yang paling best nya aku dapat meja study besau punya.. aku suka..! Result..?? aku boleh tersenyum lebar mungkin berkat aku study atas meja besar dan solat tak tinggal. Orang kata kalau usaha je tapi tak minta pada yang ESA tak dapat juga..Ye tak...?

Sem 5.. Ehh dah sem 5.. sekejap je dahh.. Time ni aku dapat rumah belakang. Kira mengadap hutan belantara. Takut woo..sebab kat sini ada hantu kak limah..(okay gurau je) Tapi memang aku penakut pun.. Buang sampah kat luar pun bukak pintu besar2 kan dayana..?? hehehe Dayana..she is my junior. Aku dah anggap dia macam adik...:) Jangan risau nanti akak kahwin akak jemput deh...hihi

Sem 6 memang busy sangat-sangat. Sampai aku nak basuh cadar pun rasa malas. Sebelum2 ni rajin je memanjang. Tido memang tak cukup.. Time ni tak dok main-main. Projek menanti untuk disiapkan. Malam pagi petang tak tido sehari. Lepas viva je..Waaa...bebas...! bebas apenya padahal final exam x lepas lagi. bila abis je final exam rasa macam tak caya dah tamat 3 tahun aku belajar.. Sekejap je rasa.. Sedih nak berpisah dengan kawan-kawan tu mesti terasa. Sama-sama 3 tahun kat uitm kuala pilah memang mencabar jati diri aku. 6 Bakawali..bak kata que laa kan.. Semoga sukses semua....!! i lap u all...

Sebelum
Selepas 


Sebahagian kawan2 aku...!
Tata Kuala Pilah....:)
Tamat.

Wednesday, March 28, 2012

Episod di UiTM kuala pilah #1.

Assalamualaikum...

Pejam celik main sana main sini dah 3 tahun kat kuala pilah.. Kejap je sebenarnya perjalanan sebagai pelajar diploma ni. Kau takkan rasa lama mana pun sebab alam universiti memang best...! Banyak benda boleh belajar banyak ragam kawan-kawan yang kita kenal.. Dan semua tu sangat seronok. Nak cerita banyak tentang uitm kuala pilah tapi aku dah tak tahan mata ngantuk sangat. Nanti balik rumah aku sambung deh..
Esok aku gerak balik muar naik bas sorang-sorang..huhu
Selamat tinggal Pilah.

Ada gaya doc tak..? InsyaAllah salah seorang akan bergelar doc..
Lab Bio.
ps: Dua ni pic mase semester 1. Sekarang tak yah cakap laa cmane kan...:) Nite semua..

Sunday, March 25, 2012

Segmen: Bloglist April-Mei Bersama Jebat

Assalamualaikum....


Walaupun tengah final exam aku join juga segmen ni deh... Tersangat laa senang tu yang aku join..:)
Sebab cuti nanti nak usha blog orang lain sampai pengsan..!
Nak join...? Klik kat banner atas tu deh..


Last exam Diploma Sains!

Assalamualaikum...

Macam ni gayanya masa aku nak prepare untuk exam. Habis whiteboard duk conteng formula sana sini. Penuh dinding dengan note biodiversity bagai. Life cycle tu la life cycle ni laa..

Ni aku dah tulis awal-awal lagi masa aku mula  sem.. Target untuk sem ni laa kononnya...! Yang tergantung tu aku panggil dia cik buncit..kihkih walaupun dia tak buncit. 

Air Rebina (betul ke aku eja..bantai jelah deh).. Lepas ni tak dapat dah nak beli makanan kat Anjung Selera Perpatih tu hah.. Nanti kat rumah rindu lauk orang nogori...Huwahahahaha

Aku punya semangat nak jawab paper chemistry sampai duk tampal periodic table ni kat meja. Meja aku beso wooo tak elok biar kosong je..!

Paper Etr punya study ni... Baru nak buat nota deh.. Serabut otak dengan Etr tapi banyak pengalaman dapat dalam Etr ni.. First time aku rasa gigil nak jawab paper dalam masa 3 tahun ni adalah paper Etr..

Aku tengah study Biodiversity jangan bising dan jangan kacau...! Sapa kacau  aku lempang...


Dua gambar kat atas adalah sama tapi tak serupa... Kat PTAR tu hah study untuk paper chemistry..

Ni gambar pagi tadi...!

ps : Tinggal 1 paper je lagi.. Lepas tu Pilah tercinta akan aku tinggal.. Wahaha..

Friday, March 23, 2012

Kawan susah senang.

Assalamualaikum..

Kawan ketika ketawa senang dicari.. Namun, kawan ketika susah, pasti sedikit sekali...

Jadi, cuba muhasabah diri kita.. adakah kita selalu bersama dengan rakan2 kita dikala mereka susah? Jika YA, insyaAllah akan ada seseorang bersama kamu ketika kamu susah dan yang penting sekali insyaAllah ALLAH akan sentiasa bersama kamu...

Monday, March 19, 2012

Makna bacaan dalam solat.

Assalamualaikum....
Kita mungkin kadang-kadang tak boleh nak kusyuk dalam solat sebab kita fikir perkara lain. Aku pun kadang-kadang macam tu. Mencuba untuk meng"upgrade"kan solat lagi. Mari kita renung-renungkan dan fahamkan setiap maksud rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.
Sumber : azizie.com

Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Sunday, March 18, 2012

Kisah Hati.

Assalamualaikum...

Nak share video ni juga tak kira. Aku tak tahu kenapa kalau Alyah nyanyi lagu ni aku tak berapa minat. Tapi time Adi 6ixth Sense nyanyi aku jadi suka lagu ni sangat2..!


ps: Betul ke Manusia Putih adalah Adi..?

Thursday, March 15, 2012

Mutiara hati #7

Assalamualaikum....
__________________________________________________________________________________
Every morning you have two choices:
Continue to sleep with dreams or 
Wake up and chase your dreams.

The choice is yours........
_________________________________________________________________________________
ps: Maaf semua atas sebab-sebab tertentu aku tak dapat nak sambung cerpen cahaya sekarang. Doakan aku untuk paper bio Diversity sabtu ni..^^

Thursday, March 08, 2012

Tanpa.

Assalamualaikum...

Waa.. lama tak dengar lagu ni kat radio ke aku yang jarang on radio tu. Dulu-dulu zaman sekolah suka sangat dengar lagu ni. Suddenly hari tu ada sorang kawan aku ni mesej suruh aku on radio sebab lagu ni tengah on air. Btw thanks kawan sebab dengar lagu ni ko ingat kat aku. Kalau tak macam mimpi la ko nak mesej aku kan..kihkih Meh layan video clip dari sixth sense ni...:)


ps: Okay dah. Lepas ni aku nak buat satu entry tajuknya Love Story..huhu