Thursday, February 09, 2012

Kenapa tidak bertegur sapa?

Assalamualaikum..

Sekadar perkongsian. Dulu ustazah aku pernah cakap kalau kita gaduh atau bahasa lembutnya berselisih faham dengan kawan jangan lebih dari tiga hari kita tak bertegur sapa.Kenapa?


Dalam sepotong hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, diceritakan daripada seorang sahabat Nabi saw yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari bahawasanya Nabi saw bersabda, 

Maksudnya : Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam. 

Daripada hadis ini dapat kita pengajaran bahawa orang Islam sesama Islam jika bergaduh tidak boleh tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari. Menurut Imam An-Nawawi rhm, jika seseorang itu tidak bertegur sapa dalam tempoh 3 hari, perbuatan itu dimaafkan, kerana tabiat manusia itu memang ada sifat marah, moga-moga dalam tempoh tiga hari itu marah masing-masing akan hilang dan kembali sejuk untuk berdamai. Tetapi sekiranya lebih daripada tiga hari, masing-masing masih tidak bertegur sapa maka hukumnya adalah haram dan kedua-duanya dikira berdosa. 

Jadilah yang pemaaf kepada setiap kesilapan yang terlaku oleh seseorang terhadap kita, janganlah ego meninggi membatasi kesedaran bahawa kita hanya seorang insan biasa, mengalah bukan bererti kita bersalah, juga bukan bermakna kita kalah...tetapi, kita justeru telah merapati kemenangan kerana berjaya melawan nafsu amarah.

~ Sabda Rasulullah SAW: “Kita baru balik dari peperangan kecil kepada peperangan yang maha besar.” Para Sahabat bertanya: “Peperangan apakah itu ya Rasulullah?” Jawab baginda: “Perang melawan nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi) ~

6 comments: