Friday, February 17, 2012

Adnan Sempit 2 (23 Februari di pawagam).

Assalamualaikum...

Wahh tak sabar nak tengok cerita ni..Harapan aku terhadap filem ni sangat tinggi pehh macam aku pulak yang duk mengarah..=)

Sumber : Meow.my, Google, Koleksi sendiri

Sinopsis:

Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari, Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia.Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan.

Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Ingeris? Semuanya akan terjawab dalam filem ADNAN SEMPIT 2.
"Awak pergilah tengok filem saya ye" kata sam kepada aku.
(okay perasan)


2 comments:

  1. dah tgok td...best sgt..hehe..sgt lawak kot..tgok2 jgn xtgok k... :D n good luck 4 ur exam too dear.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh...lg jadi x sbr nk tgk ni.....thanks ..^^

      Delete