Saturday, December 31, 2011

Tamat.

Assalamualaikum..

31 Disember 2011... Hujung sangat tarikh ni...
Banyak yang berlaku sepanjang tahun ni. Ada yang datang ada yang pergi. Ada yang lebih ada yang kurang. Tapi Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang elok untuk melaluinya.

Untuk Angah.. Tahniah sebab dapat nurse kat pahang. Belajar elok-elok. Maaf tak dapat ikut hantar pergi pahang. Dua tahun setengah je pun ko belajar. Nanti akak belum habis degree lagi ko dah kerje. Murah rezeki ko ngah. Sejuk hati aku ko dah lepas. Cehh ayat macam ko dah kawen plak.

Untuk mereka yang menceriakan hidup aku. Aku sayang korang. Aku minta maaf kalau ada terkecil hati ke. Hati aku nipis mudah kecik hati. Tak setebal orang lain yang penuh kasih sayang.


Tamat.

Friday, December 30, 2011

:(....

Assalamualaikum....


i hate the moment when suddenly my anger turns into tears :'(

Ya Allah...Kuatkan hati ku..

Thursday, December 29, 2011

Penerang Hati.

Assalamualaikum.....

Mencinta Mu tenangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku

Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi

Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi



p/s : Jom sama-sama baca al-Quran. Kalau saya terlupa awak ingatkan. Kalau awak terlupa saya ingatkan. Bukan baca je tapi semoga dapat kita amalkan. :)

Wednesday, December 28, 2011

Tak de kerja.

Assalamualaikum...

Taman Botanikal Melaka

Puding roti (abaikan pinggan cantik tu..huhu)
p/s : Inilah hasilnya bila satu assignment pun aku tak sentuh lagi. lagi satu esok nak goreng aiskrim goreng..:)

Sunday, December 25, 2011

Fiksyen 302 - Jangan percaya

Assalamualaikum..

Baru lepas menghabiskan 1 novel yang sangat mencabar. Yang buat aku tak sabar-sabar nak tahu siapa dan siapakah mereka-mereka ni. Buat pertama kalinya aku tak selak-selak pun muka surat last. Ye novel ni memang best. Ada pengajarannya di sebalik watak-watak yang ada. Kalau nak tahu baca laa sendiri. kikiki..

dari google (aku malas sikit nak amik gambar)
Jangan percaya bisikan syaitan!

p/s :Tak sabar nak tunggu sambungan tentang Sunan. :)

Saturday, December 24, 2011

Mutiara hati #2

Assalamulaikum...

Kepada bakal Imamku..

"Aku Mencintaimu Kerana Agama Yang Ada Padamu Jika Engkau Hilangkan Agama Dalam Dirimu Maka Hilanglah Cintaku Padamu"


Ye memang aku bukan yang terbaik, tapi aku berusaha untuk menjadi yang terbaik. Siapa pun engkau wahai bakal Imamku. Semoga engkau sihat sejahtera dalam rahmatNya.

Friday, December 23, 2011

Mutiara hati #1

Assalamualaikum...
Untuk semua..




Pelajar yang hebat akan selalu diberi latihan yang sukar sebagai latih tubi agar jadi lebih cemerlang... Begitulah jua Allah SWT menurunkan ujian untuk hamba-hambaNya. Jika kamu kerap diuji, bererti kamu 'orang cemerlang' yang kerap Allah beri perhatian.

Monday, December 19, 2011

Mesti ada yang ketiga!

sekadar hiasan ( bukan kaki aku ye)

"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya". 

ps; Sebab tu aku tak suka keluar sangat. Maap.

Saturday, December 17, 2011

Asas perkahwinan?

Assalamulaikum...
Petikan di bawah saya copy paste dari seorang rakan facebook. 


*** Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

*** Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.

*** Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

*** Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.


*** Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.


*** Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.


*** Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.








Weekend yang errr.....

Assalamualaikum....

Kuala Pilah : Musim sejuk yang melanda penduduk sekitar membuatkan sebilangan (tak tahu la kalu semua kan) pelajar UiTM Kuala Pilah menghadapi simpton sukar bangun pagi. Oppss..subuh tetap berjalan seperti biasa..Alhamdulillah... Yeah..mungkin sejuk sebab musim hujan yang boleh dikatakan setiap hari jugak lah. Perasan sejuk (pehh sejuk pun ada perasan) macam kat Cameron Highlands walaupun aku tak penah pergi.. Okay stop jangan membebel yati.

Back to the story.. Sabtu ahad ni aku sangat busy macam tak ingat. Tiba-tiba macam semua keje datang dalam satu masa dan perlu dihantar secepat mungkin. Ye memang semua nya perlu sempurna.

1.Presentation individual BEL312 (English for occupational purpose) 
Yang ni aku perlu siapkan satu presentation tentang cmane aku nak promote sesuatu produk atau service. Okay dengar cam senang je kan. Tapi sebenarnya agak susah sebab sir akan ambik 20% markah untuk final. Masa untuk membebel adalah 10 minit. Waaa....ape laa yang aku membebel nanti.

2.Lab report BIO320, CHM350 
Yang ni memang nak rabak mata dan nak terlonggar sendi tangan aku buat. Question bukan main banyak. Pastu kene ikut manual betul-betul. Bayangkan 1 practical ada 3 experiment. 1 experiment ada 6 soalan. Belum discussion dengan conclusion lagi. Reference lagi kene ikut format APA.

3.Proposal ETR300
Malas nak cerita banyak-banyak. Just nak cakap group kitaorg buat tentang chidren care centre. Ala-ala macam tadika kanak-kanak. Memang menarik dan best sebab aku suka budak-budak. :)

4.Quiz-quiz...Test-test...
Yang ni faham-faham jela... pastinya kena buat tutorial dan study macam nak final lagaknya.

5.Program dan aktiviti kolej
Haha..yang ni aku tak delah involve sangat pun.. Just satu dua je aku pergi. Bukan sebab malas tapi sebab manyak keje.


Kesimpulannya.. Aku memang jenis tak pandai bagi masa kot. Kalau lah tidur tu aku boleh tahan-tahan memang aku tak tidur laa sebab nk siapkan sume ni. Tapi apakan daya.... Aku hanya insan yang lemah bagai melukut ditepian gantang..hahaha okay tak de kene mengena pun...

Harapan dapat menyiapkan semua ni sebelum cuti mid sem. Nak balik rumahhh... InsyaAllah

p/s : Cintai Allah..Cintai Rasulullah.. Allah jadikan kita untuk hidup berpasangan dan menghambakan diri kepadaNya... Lumrah hidup untuk saling menyayangi..tapi bukan dengan sesama jantina untuk dijadikan pasangan hidup...

Tuesday, December 13, 2011

Wajib.

Assalamualaikum..

Untuk perkongsian rakan-rakan sekalian....


Solat itu wajib. Menutup aurat itu wajib. Dan kewajipan bukanlah satu pilihan..




Memang susah nak ikut perintah Allah sebab ada je alasan, tapi lagi susah nak tinggalkan larangan Allah sebab ada macam2 alasan..

Sampai bila hidup kena bersebabkan seribu alasan..?

Monday, December 12, 2011

.....

Assalamualaikum..

Petang semalam adik aku yang bongsu mesej kat facebook. Berchating sekejap. Tanya khabar sebab macam lama je aku tak balik rumah. Tiba-tiba dia tanya.. "Kak..rindu tak dengan mak dengan abah? Kita pergi ziarah kubur nak tak?"

Jawapan aku mestilah RINDU SGT2......:(


Al-Fatihah.

Saturday, December 10, 2011

Kisah GG #1

Assalammualaikum.

Entry ini tidak ditujukan kepada sesiapa. Ianya hanya sekadar perkongsian.

Pagi-pagi tadi je GG dah tak da mood. Punya semangat bangun pagi sebab nak buat plan bangunan tertinggi di Malaysia. GG pun sambil-sambil tu tertekan la facebook. Tengok kawan-kawan punya cerita. Tetiba GG terbaca something so dia buka la. Bukan main terkejut GG sambil tarik nafas laju-laju. Dalam hati GG berbicara (ayat ni memang tak boleh blah).. Betul ke dia buat ni. Kata dah berubah. Then GG tanya dia direct terus. Dia cakap tidak-tidak.. Itu bukan saya.. GG masa tu tak tahu apa yang dia tengah pikir. Nak percaya atau tidak. Last-last GG decide biarlah dia nak buat apa-apa sebab mereka tiada ikatan yang sah lagi. Nak marah pun anak orang karang tak memasal kena saman 800000sen.

Malam menjelang tiba. GG pun buat selamba bila dia langsung tak mesej. GG pikir biarlah kalau dia sayang aku dia mesej. Ni tidak minta maaf pun nak segan...

Kesimpulannya.. facebook boleh buat orang sekeliling yang kita sayang kecil hati. Walaupun perkara kecil.

Dan nasihat untuk GG, kalau dia jodoh kamu pasti tidak kemana. Kalau pun dia bukan jodoh kamu pasti ada yang menanti untuk kamu dan dia...

Pemberian Baucar RM200 kepada pelajar IPTA, IPTS & Politeknik.

Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

1.
Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2.
Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.


3.
Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4.
Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5.
Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

6.
Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7.
Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8.
Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.



Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi

Disember 2011

Sumber :https://www.facebook.com/MohamedKhaledNordin

Friday, December 09, 2011

Hukum Derma Organ

Pagi-pagi lagi aku dah bersemangat nak buat assignment. Aku pun buka lah facebook. Aku baca artikel tentang hukum derma organ. Jom kita sama-sama membaca...:)


Setiap perbuatan manusia mestilah terikat dengan hukum syarak. Ini merupakan perkara asas yang perlu diteliti oleh setiap kaum Muslimin. Oleh itu, segala hukum berkaitan derma organ hendaklah dirujuk pada hukum syarak, dan bukannya berdasarkan manfaat. Lebih-lebih lagi, segala polisi yang hendak di gubal oleh penguasa, nyata bukannya timbul dari aqidah Islam. Islam telah menggariskan hukum berkaitan dengan derma organ ini. Secara amnya, ia dikelaskan kepada dua keadaan.

Pertama: Hukum pemindahan organ bagi penderma yang masih hidup.
Syarak membolehkan seseorang pada saat hidupnya untuk secara sukarela mendermakan organ tubuhnya kepada orang lain yang memerlukan organ tersebut seperti tangan, kaki dan buah pinggang. Ini adalah kerana adanya ketentuan hak bagi seseorang untuk mengambil diyat (tebusan) atas kesalahan seseorang yang segaja mencederakannya dengan melakukan perkara yang sama ke atas pelaku ataupun memaafkannya.

Oleh itu, adanya hak milik individu tersebut terhadap organnya memberikan indikasi bahawa beliau memiliki hak untuk menyumbangkan organnya tadi. Namun begitu, terdapat syarat-syarat lain dalam menderma organ-organ pada dirinya. Syarat pertama, organ tersebut bukanlah organ utama yang mana sekiranya ia didermakan kepada orang lain, ia boleh menyebabkan kematian ke atas dirinya seperti mendermakan jantung, kedua-dua buah pinggang ataupun kedua-dua paru-paru. Ini adalah haram kerana Islam telah mengharamkan hukum bunuh diri sebagaimana firman Allah :

“Dan janganlah kalian membunuh diri-diri kalian.” [An-Nisaa’ (4) : 29]

Syarat kedua adalah terdapat organ tertentu yang diharamkan sama sekali untuk disumbangkan iaitu testis, tidak kira sama ada penderma tersebut mendermakan satu ataupun kedua-dua testisnya. Ini adalah kerana, testis yang disumbangkan tetap akan menghasilkan baka si penderma dan bukannya baka penerima. Sekiranya berlaku, ia akan menyebabkan percampuran nasab, walhal Islam telah mengharamkan hal ini:

“Barangsiapa yang menghubungkan nasab kepada orang yang bukan ayahnya, atau (seorang hamba) bertuankan kepada selain daripada tuannya, maka dia akan mendapat laknat daripada Allah, para malaikat dan seluruh manusia.” [H.R. Ibnu Majah daripada Ibnu Abbas]

Selain itu, sekiranya penderma mendermakan kedua-dua testisnya, ini akan menyebabkan dirinya mandul, walhal Islam telah mengharamkan proses pengembirian/kasi (al khisha’).

Kedua : Hukum pemindahan organ bagi penderma yang telah mati. Hukum pendermaan organ bagi penderma yang telah mati adalah haram sama sekali. Ini adalah kerana, tubuh si mati bukanlah hak dirinya lagi ataupun warisnya, melainkan haknya kembali kepada Allah. Oleh itu, adalah haram untuk melakukan pewarisan mana-mana organ untuk didermakan setelah meninggal. Selain itu, Islam telah mewajibkan penghormatan terhadap mayat dan mengharamkan penganiayaan terhadapnya, di mana dosanya sama seperti menganiaya orang yang masih hidup. Daripada A’isyah RA, Rasulullah telah bersabda:

Memecahkan tulang mayat itu adalah sama dengan memecahkan tulang orang yang hidup” [H.R. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban].

Daripada sini, jelaslah bahawa hukum yang berkaitan dengan derma organ ini yang sepatutnya dilaksanakan oleh negara. Pelaksanaan hukum ini adalah wajib sepertimana hukum-hakam Islam yang lain dan ia perlu diterapkan secara kaffah (keseluruhan) tanpa memilih-milih. Wallahu a’lam.


Sumber : syahirul.com

Wednesday, December 07, 2011

Rabu dan Songlap.

sumber mstar online
Aku malam ni merapu meraban. Lepas maghrib tadi terus tertidur sebab kepenatan kelas dari pagi sampai ke pukul 6. Hari rabu memang jadual padat gila. Nak bernafas pun macam ye tak ye je...Balik bilik terus badan jadi macam orang malas. Lepak je... Okay stop merungut yati..ko nak menuntut ilmu kene ikhlas. Karang kalau jadi apa-apa tak berbaloi... Sebelum aku tidur nampak kan gambar atas tu... Tu dia Shaheizy Sam dengan Syafie Naswip dalam filem terbaru Songlap yang akan keluar 15 Disember ni... Jom pakat ramai2 pi tengok kt panggung....hihihihi

#mata aku dah kecik..selamat malam..

Tuesday, December 06, 2011

Kasut Baru

Aku beli kasut baru semata-mata nak bawa pargi lab. Biasa la peraturan lab kene pakai kasut yang bertutup. Yela karang tak memasal rosak kaki kena bahan kimia. Habis terbang melayang rm50 aku beli kasut. Kasut boleh tahan lawa pada aku la. Tapi aku ni ada masalah kalau pakai kasut baru.

Aku akan rasa janggal...Perasaan macam kasut tu tak sesuai dengan aku...Hahahaha Ko tak confident laa sebenarnya tu Nun....Yang pasti memang aku tak dapat ubah perasaan janggal tu.

Keselesaan terhadap kasut tu pun macam ye tak ye je...Kejap sakit kaki laa...Mengada-ngada kan aku...kikikiki

Biasa laa nanti dah lama-lama okay laa kot..Ye tak..?

p/s: Ombak rindu aku tak dapat feeling. Breaking dawn best last2 je.

Sunday, December 04, 2011

Jom kita puasa Hari Asyura.

Hari Asyura jatuh pada 10 Muharam. Beberapa hadis menyarankan agar puasa hari 'Asyura diikuti oleh puasa satu hari sebelum atau sesudah puasa hari 'Asyura. 


Alasannya, seperti diungkapkan oleh Nabi Muhammad Saw, orang Yahudi hanya berpuasa pada hari 'Asyura saja dan Rasulullah ingin membezakan puasa umat Islam dengan puasa orang Yahudi. 


Oleh sebab itu ia menyarankan umat Islam berpuasa pada hari 'Asyura ditambah puasa satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya (tanggal 9 dan 10 Muharram atau tanggal 10 dan 11 Muharram).


Ada empat belas perkara sunat yang boleh dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):


  1. ***Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.



  1. ***Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


  1. ***Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.


  1. ***Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


  1. ***Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.


  1. ***Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


  1. ***Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


  1. ***Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."


  1. ***Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.


  1. ***Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.


  1. ***Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.


  1. ***Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.


  1. ***Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


  1. ***Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


#carian dari blog ke blog


Perkara yang Wajib kita sibukkan untuk diri sendiri.

Selepas solat magrib tadi. Aku bace blog kakak ni. Memang best lama dah aku follow dia. Aku harap kakak ni tak marah sebab aku copy paste kat blog dia. Kakak jangan marah ye. Saya suka baca blog akak dan saya nak kongsi dengan kawan-kawan yang lain. :)

Link ke blog beliau : pencintaALLAH

Antara perkara-perkara yang wajib kita sibukkan untuk diri sendiri :


1- Jika manusia sibuk memperbanyakkan amal, maka hendaklah kamu sibuk  menyempurnakan sebaik-baik amal.
2- Jika manusia sibuk dengan perkara-perkara sunat, maka hendaklah kamu sibuk menyelesaikan perkara-perkara fardhu.
3- Jika manusia sibuk memperbaiki perkara-perkara zahir, maka hendaklah kamu sibuk memperbaiki perkara-perkara batin.
4- Jika manusia sibuk mencari kesalahan orang lain, maka hendaklah kamu sibuk mencari kesalahan diri sendiri.
5- Jika manusia sibuk mencari kesenangan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari kemakmuran Akhirat.
6- Jika manusia sibuk mencari keredhaan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari keredhaan Akhirat.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 849.