Berbalik kepada entry yang sebelum ni.
Aku nak cerita sikit pasal novel Doktor Cinta. Kecian pulak dia sebab aku macam tak ikhlas je beli dia. Bukan tak ikhlas cuma teremosi sikitt je. Tapi aku baca juga tau.
Jalan cerita dia bolehlah. Macam biasa mesti ada kaitan tentang cinta lelaki dan perempuan. Tapi dalam novel ni ada nilai-nilai cinta terhadap ibubapa yang sangat mendalam. Serius aku sedih masa bab mak dengan ayah Mazliana(heroin cerita ni) mati. Sebelum mak ayah dia meninggal masa tu dia dituduh berzina dan menipu. Bertambah-tambah lah lagi sedih dia. Dia macam terasa mak ayah dia meninggal disebabkan dia.
Dipendekkan cerita Mazliana yang manja tapi sesuai dipanggil minah kelibut ni telah dipujuk oleh bff nya iaitu Syamimi a.k.a mimi the over untuk tunang secara kontrak dengan bos besar si Syamimi iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Mula-mula Mazliana taknak tapi lepas kena pujuk dengan bos lagi satu yang romantik iaitu Zikri Alif, dia terus setuju.
Lepas bertunang kehidupan Mazliana jadi kelam kabut. Tapi mak ayah Tengku Iskandar caring gila dengan si Mazliana ni. Best woo belum khawin lagi dah dapat layanan istimewa. Tapi kan Tengku Iskandar ni suka kat Julia Hana iaitu kekasih lama dia. Dalam masa yang sama Zikri Aliff diam-diam menyintai Mazliana.
Kenapa novel ni namanya Doktor Cinta.? Sebab adalah..kena baca sendiri...
Okay lah juga novel ni sebab buat aku gelak sorang-sorang senyum-senyum...hahaha
Aku suka ayat dalam novel tu yang ni. :
"Lelaki yang mencintai seorang wanita adalah lelaki yang sentiasa menjaga maruah dan kecantikan zahir dan batin wanita itu. Itulah lelaki yang betul-betul melindungi sayang dan kasihnya."
Jujur aku cakap aku tak suka lelaki pegang-pegang tangan awek dia la, cuit pinggang laa, dan yang sebagainya. Kalau dah mula bab2 camni memang sah lelaki tu bukan sayang seikhlas hati.
SEIKHLAS HATI YEE.. alasannya nak tunjuk kasih-sayang. Wei nak tunjuk kasih sayang pun tunggu ada ikatan sah la. Memang aku hilang respect pada laki camni kalau ada depan mata aku.
No comments:
Post a Comment