Monday, October 24, 2011

Cinta Muka Bulu.

Kalau rasa berbulu-bulu tengok la Cinta Muka Bulu ni.
Yeah....Boleh aa buat gelak-gelak bulu? huhu


Setiap yang berbulu ada kebaikannya....haha

Friday, October 21, 2011

Saje je.hehe

Shaheizy Sam Samad





Wednesday, October 19, 2011

....

There is a story behind every person. There is a reason why they are the way they are. Think about that before you judge someone.

Tuesday, October 18, 2011

Doktor Cinta oleh Dyadila.

Berbalik kepada entry yang sebelum ni.
Aku nak cerita sikit pasal novel Doktor Cinta. Kecian pulak dia sebab aku macam tak ikhlas je beli dia. Bukan tak ikhlas cuma teremosi sikitt je. Tapi aku baca juga tau.

Jalan cerita dia bolehlah. Macam biasa mesti ada kaitan tentang cinta lelaki dan perempuan. Tapi dalam novel ni ada nilai-nilai cinta terhadap ibubapa yang sangat mendalam. Serius aku sedih masa bab mak dengan ayah Mazliana(heroin cerita ni) mati. Sebelum mak ayah dia meninggal masa tu dia dituduh berzina dan menipu. Bertambah-tambah lah lagi sedih dia. Dia macam terasa mak ayah dia meninggal disebabkan dia.

Dipendekkan cerita Mazliana yang manja tapi sesuai dipanggil minah kelibut ni telah dipujuk oleh bff nya iaitu Syamimi a.k.a mimi the over untuk tunang secara kontrak dengan bos besar si Syamimi iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Mula-mula Mazliana taknak tapi lepas kena pujuk dengan bos lagi satu  yang romantik iaitu Zikri Alif, dia terus setuju.

Lepas bertunang kehidupan Mazliana jadi kelam kabut. Tapi mak ayah Tengku Iskandar caring gila dengan si Mazliana ni. Best woo belum khawin lagi dah dapat layanan istimewa. Tapi kan Tengku Iskandar ni suka kat Julia Hana iaitu kekasih lama dia. Dalam masa yang sama Zikri Aliff diam-diam menyintai Mazliana.

Kenapa novel ni namanya Doktor Cinta.? Sebab adalah..kena baca sendiri...
Okay lah juga novel ni sebab buat aku gelak sorang-sorang senyum-senyum...hahaha

Aku suka ayat dalam novel tu yang ni. :
"Lelaki yang mencintai seorang wanita adalah lelaki yang sentiasa menjaga maruah dan kecantikan zahir dan batin wanita itu. Itulah lelaki yang betul-betul melindungi sayang dan kasihnya."


Jujur aku cakap aku tak suka lelaki pegang-pegang tangan awek dia la, cuit pinggang laa, dan yang sebagainya. Kalau dah mula bab2 camni memang sah lelaki tu bukan sayang seikhlas hati.
SEIKHLAS HATI YEE.. alasannya nak tunjuk kasih-sayang. Wei nak tunjuk kasih sayang pun tunggu ada ikatan sah la. Memang aku hilang respect pada laki camni kalau ada depan mata aku.

Monday, October 17, 2011

Frust Meniarap.

Huhu..al-kisah sabtu hari tu pergi Melaka..
Jusco Melaka tu aku g..macam kat Muar dah takda shopping mall..dah takda kedai buku agaknya..
Ala takpe lah sesekali ku rasa teringin melewati hatiku yang dingin untuk berjalan jauh sikittt je kan..hahaha
Semata-mata untuk memenuhi keinginan nafsu aku untuk membaca membelek memeluk membeli novel terbaru karya Siti Nur Dhuha..
Yang aku pasti dapat mengisi masa-masa cuti aku kat home sweet home dengan gelak ketawa selain daripada aku duk mengadap buku Muet tapi mata tengok tv..
Tak pun mengadap fb yang bosan tu memang membosankan..(apa aku cakap ni?)

Tapiii...apa yang aku harapkan hanya tinggal kenangan..huhu
sapa baik hati tolong hadiahkan aku novel ni..hehe
Sedih..
Novel tu tak wujud lagi kat kedai Popular kesayangan ramai tu..
Woii sepatutnya dah keluar laa novel tu..Siti Nur Dhuha kata keluar bulan 10 !(dalam hati jelah..gila aku nak memekik kat tengah-tengah Popular tu kang aku yang popular tak pasal-pasal)
Last-last novel lain yang aku beli...memang aku tak baca sinopsis pun laa sebab dah penat + frust + menyampah + geramm!!
Ni hah novel nya..adik aku yang nak..aku kan kaya banyak duit dengan banyak hutang.. Tu yang baik hati belanja adik aku..

Ntah apa yang aku buat kat Jusco tu..
Tengok wayang, tengok orang, tengok patung, tengok makanan,  tengok pakaian, tengok beg, tengok couple yang gatal + miang, tengok pakwe handsome..opsss (yang last tu saja tokok tambah)


Cerita ni boleh laa tahan juga tapi aku banyak tutup muka, mata, mulut daripada mengadap screen..
Membazirkan aku ni..beli tiket tapi tak nak tengok..
Bukan penakut cuma tak berani jee..huhu

p/s: tenkiu jantung dengan uda sebab temankan orang kesayangan anda mencuci mata..haha
Al-Hijab membuatkan aku rasa nak tidur cepat malam tu...sebab........

Thursday, October 13, 2011

Unit 33 bukan blok 33

Okay ni bukan nak cerita kisah seram macam Blok 404 atau Flat 3A.
Ni unit 33 punya cerita.

Hawa
Dayana
Nun
Una
Ifa
Laila
Mai
Kak Sabrina

Seram tu ada juga kot. Nak tahu apa yang seram tanya Dayana. Huhu


Ni je yang wujud. Yang lain busy. 
Sorry guys anda tak dapat cuci mata sebab aku kedekut nak bagi korang tengok gambar.
Kredit to Dayana a.k.a. Dee..hahaha
Akak cilok gambar ni kt fb ko.


English


I am not good enough in english speaking but at least I had try my best.


Monday, October 10, 2011

Cik Chom.

Cik Chom atau Comel atau Oomel atau Maya atau Raihah atau Leha atau banyak laa nama si kecil ni..


Happy birthday Siti Raihah Sumayyah.
10/10/09
Genap sudah dua tahun.
Harap maklum ni bukan anak aku.
Semoga sihat-sihat selalu jangan nakal-nakal ye.
Nanti dah besar jangan lupa kakak yang cun ni. (okay perasan)

Saturday, October 08, 2011

Awal Oktober

Salam..
Okay aku baru habis final exam..
paper yang last tu memang menakutkan la..
harap-harap ia tak menjejaskan harapan kau ye Nun untuk dapat dekan..huhuhu

takde kene mengena dengan cerita..
Semalam huhahuha dengan Mira, Aminah, Ikhmar...
Mira g balik Kuantan sana ramai dah tunggu tu..
Aminah kim salam humairah comel ye...
Ikhmar jangan busy2 sangat..sesekali tu rehat-rehatkan badan ye..
ala semalam tu tak huhahuha sangat pun...
cuma excited mengumpulkan movie..
masing-masing nak buat stok bosan masa kt rumah nanti..
dapat la juga aku tengok cerita Bini-bini Ku Gangster dengan Dayana..
tu pun nasib babad sanggup hantar..tenkiu babad..
Mery nanti aku g Melaka kita jalan sama-sama ye..:)

Jantung pula kat kampung sekarang..
maaf  masa exam memang busy sikit...
tak mesej pun dia sangat...
nasib dia okay walaupun kadang-kadang tu ada la juga dia terkecil hati ye tak...? hehehe

Adik-adik..waa rindu sangat kat korang...
Angah dah kat Merlimau..
walaupun dekat dengan rumah tapi dia dah tak duduk rumah..
kurang dah sorang tukang masak..hehhe
Ude memang cool..semua kerja kat rumah dia boleh buat sorang..
tapi dengan mulut membebel dia laa..kalau orang nak tolong tak bagi..haishh ..
tunggu akak balik nanti buat kek batik lagi eh..hahaha
Ika..lama dah tak jumpa si tembam ni...raya haritu je jumpa..
nak g jb tapi masa tak mengizinkan..tak pela nanti cuti akak datang ye..

owh ye.anak maksu yang dua orang tu pun aku rindu sangat-sangat..
Raudhah dengan Sumayyah....balik nanti kita jalan-jalan naik moto eh...:)

ni sekarang kat rumah a.k.a kolej sm6-3311 tinggal aku sorang je...
Una, Mai, Kak sabrina, Hawa dah balik semalam-semalamnya.
Laila dengan Ifa g berjalan kat i-city rasanya la...
Dayana g jumpa lecturer (dah habis exam pun jumpe lecturer)..
huwahhh..tinggal aku sorang je..
tunggu jet aku dari Muar sampai baru bergerak balik...



Habis sudah sem 5...manis, pahit, payau, masin semua ada...

Wassalam..