Friday, September 16, 2011

Majlis Pecah Tanah Hub Pendidikan, Bandar Universiti, Pagoh

Tarikh : 15 September, 2011 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Tapak Pelancaran Hub Pendidikan Pagoh,
Ladang Lanadron, Panchor, Pagoh
Disempurnakan oleh : YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin b. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri

krdt : gambar ni maksu aku yg amik
Okay berdasarkan apa yang aku tengok kat berita dengan apa yang maksu aku cerita. Bandar Universiti Pagoh akan dibina dan majlis pecah tanah telah diadakan seperti tarikh diatas. Fasa pertama Hub Pendidikan Pagoh mampu menampung 14 ribu penuntut yang melibatkan empat IPTA iaitu UTHM, UIAM, Pusat pendidikan UTM dan Politeknik Pagoh yang keseluruhannya menelan kos antara lima hingga lapan billion ringgit! (banyak okay..bila laa nak siap)

Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin. Beliau berkata Hub Pendidikan Pagoh akan menyumbang kepada peningkatan modal insan dan masyarakat tempatan mempunyai banyak peluang terbuka untuk memajukan diri serta meningkatkan ilmu pengetahuan. 

Yes itu adalah sangat-sangat betul..sebab apabila peluang pekerjaan semakin meningkat ekonomi masyarakat setempat akan semakin bertambah. 

Semoga Fasa pertama ini siap dengan sempurna dan lepas aku habis degree nanti banyak peluang pekerjaan yang ada...suka-suka..:)

No comments:

Post a Comment