Tuesday, September 27, 2011

Tired


Whenever I'm tired, lucky in my life
You come by side like a dream

Whenever I'm sad, lucky in my dream
You always warmly surround me
I always smile like this
No matter how many trials there are in this world
I'll definitely never let you see my tears

Even if you don't understand my heart
Even if you're far away

I'm still be happy because of your smile
Just take a step closer to me.

Solat Istikharah



SOLAT istikharah sunat dilakukan bagi sesiapa yang berkeinginan kepada suatu yang harus dan dia menjadi keliru dalam menentu aspek kebaikan dalamnya kerana mempunyai pilihan yang sama. 
Contohnya, ketika ingin memilih antara dua calon suami yang sama-sama baik sehingga tidak dapat menentukan pilihan. Begitu juga dengan perkara lain. 

Solat istikharah tidak dilakukan kepada perkara yang wajib dan sunat serta bukan perkara haram dan makruh kerana sudah ada ketetapan tersendiri sama ada melakukannya atau meninggalkan (Sabiq I: 139-40).  

Caranya amat mudah iaitu dengan melakukan solat sunat dua rakaat, iaitu bukan termasuk solat fardu. Ia cukup dengan solat rawatib selepas solat fardu atau tahiyyatul masjid dan boleh dilakukan tanpa mengira waktu dengan membaca mana ayat selepas fatihah.  

Kemudian apabila selepas membaca doa seperti di bawah dengan permulaannya memuji Allah dan diikuti selawat atas Rasulullah dan dibaca doa khusus istikharah.  

Rasulullah bermaksud: “Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan dengan sesuatu maka hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (iaitu, mengerjakan solat dua rakaat) yang selain daripada solat yang fardu. Kemudian hendaklah dia berdoa:

 
Ya Allah, aku beristikharahkan  Engkau (iaitu memohon pilihan dan kebaikan daripada-Mu) dengan ilmu-Mu, dan aku memohon kurniaan kuasa dengan kuasa-Mu, dan aku juga memohon daripada kemurahan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah baik bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andai kata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.” (Riwayat Bukhari). 

Mengenai petunjuk istikharah berkenaan, ia bukanlah secara langsung seperti mimpi dan sebagainya. Ia cukup sekadar ketetapan diri sendiri atau rasa senang dengan pilihan setelah berdoa kepada Allah supaya keputusan yang dibuat itu yang sebaiknya.  

Semuanya sudah tentu datang selepas bersolat isitikharah dengan sepenuh ikhlas kepada Allah. Setelah itu terus saja melakukannya dan jangan ragu-ragu lagi.  

Keputusan hendaklah dibuat supaya tidak timbul rasa was-was. Kita hendaklah ingat bahawa was-was itu daripada syaitan. Sikap ragu-ragu yang menghalang tindakan seterusnya.  

Solat hajat yang dilakukan ibu dan mimpinya pula, ia sebenarnya tidak mengikat tindakan anda. Ini kerana mimpi terbabit bukanlah sumber ilmu yang patut diikuti dalam Islam.  

Gunakan akal dan pengalaman di samping minta nasihat daripada keluarga serta rakan mengenai jodoh dan perkahwinan. Mungkin mereka ada calon yang sesuai untuk anda.





Dari Metro 27 September 2011

Saturday, September 24, 2011

Aku Anak Johor

Bendera Johor

Siapa cakap Johor tak selamat? Siapa cakap Johor tak maju? Siapa cakap Johor tak da tempat pelancongan? Banyak la. Nak pergi dengan tak nak pergi je. Memang tak sayang mulut siapa yang cakap Johor tak selamat. Aku dah duduk Johor 20 tahun dah. Jangan kerana politik anak-anak Johor marah. Kena serang dengan anak-anak Johor baru tahu agaknya. Fuhh..aku tak da la nak maki hamun sangat cuma terasa dengan mana-mana pihak yang terlibat tu. Kot ye pun nak politik kena la jaga hati semua pihak ye tak?

Dari uncle google
 Aku lahir kat Batu Pahat. Membesar kat Muar.

google juga
Okay kalau sesiapa datang Muar mesti kena naik feri ni. Baru la rasa menikmati Muar. Macam menikmati mee bandung muar. Huhu..sedapnya. Okay feri ni akan melalui Sungai Muar sampai jambatan kedua Muar. Yang bangunan biru tu Masjid. Lagi satu keistimewaan Muar ialah sarapan pagi nya adalah satay. Kat Muar je ada makan satay pagi-pagi ni. Dijamin sedap oo..

Friday, September 23, 2011

Study Week Part 5-Diploma in Science Biology

Ya ini kisah benar. Hari-hari bangun tidur, mandi, study. Sampai waktu tengahari makan. Lepas tu study balik. Solat. Tidur kejap tu pun kalau ngantuk. Bangun study balik. Mandi. Solat.

meja study
Okay. Wish me luck. Doakan aku dan kawan-kawan yang lain berjaya dapat dekan. Amiinn.

Friday, September 16, 2011

Jadual waktu MUET akhir tahun 2011

JADUAL WAKTU UJIAN LISAN (SPEAKING)
TARIKH
WAKTU
KERTAS
CATATAN
11 Oktober 2011
(Selasa)                        
8:00 pagi
800/2
(Speaking)


12 Oktober 2011
(Rabu)                      
13 Oktober 2011
(Khamis)                      
18 Oktober 2011
(Selasa)                        
19 Oktober 2011
(Rabu)                    
20 Oktober 2011
(Khamis)                      



JADUAL WAKTU UJIAN BERTULIS
TARIKH
WAKTU
KERTAS
MASA
19 November 2011
(Sabtu)

   8:00 pagi    9:30 pagi

 10:00 pagi    11:30 pagi

 12:00 tgh.     12:30 tgh.

        800/3   (Reading)

        800/4   (Writing)

        800/1   (Listening)

90 minit

90 minit

30 minit


untuk maklumat lanjut sila ke Laman Web Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia.

okay..aku plak kena pada...

SPEAKING 13 OCTOBER 2011 11:00 am
READING           19 NOVEMBER 2011 8:00 am - 9:30 am

WRITING 19 NOVEMBER 2011 10:00 am - 11:30 am

LISTENING  19 NOVEMBER 2011      12:00 noon - 12:30 pm

:::::::good luck untuk semua.:::::::

Jodoh

untuk Hawa : 
Kalau kalian benar2 mahukan BAKAL SUAMI yg baik sisi agamanya, maka usahlah sempitkan pilihan kalian hanya kpd mereka yg dipanggil USTAZ. Berhenti sebentar & lihatlah sekeliling, ternyata masih ramai lagi PEMUDA yg BUKAN USTAZ namun terlebih wajar dinikahi kerana jernihnya fikrah agama yg mereka miliki..Kahwinilah lelaki yg jadikan al-quran dan agama sebagai akhlaknya..bukan kerana gelaran atau tahap pendidikan agamanya...


untuk Adam :
Sabda Rasullah SAW "Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam bukan dari kepalanya untuk dijunjung atasnya, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai"..Kenapa masih berlaku sepak,terajang dan penampar terhadap kaum hawa...Pesanku jangan sesekali naik tangan ke muka isteri..Jangan sesekali...


_____________________________________________________________________________________


Doa dicepatkan jodoh untuk mendapat suami yang baik :
“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat utusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad, dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."


aku selalau baca doa ni lepas solat...:)
sebab.......
::::::teringin nak nikah diusia yang muda...:::::

Selamat Hari Malaysia

MERDEKA!!!

Aku bangga jadi anak Malaysia.
I LOVE YOU!!

Majlis Pecah Tanah Hub Pendidikan, Bandar Universiti, Pagoh

Tarikh : 15 September, 2011 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Tapak Pelancaran Hub Pendidikan Pagoh,
Ladang Lanadron, Panchor, Pagoh
Disempurnakan oleh : YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin b. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri

krdt : gambar ni maksu aku yg amik
Okay berdasarkan apa yang aku tengok kat berita dengan apa yang maksu aku cerita. Bandar Universiti Pagoh akan dibina dan majlis pecah tanah telah diadakan seperti tarikh diatas. Fasa pertama Hub Pendidikan Pagoh mampu menampung 14 ribu penuntut yang melibatkan empat IPTA iaitu UTHM, UIAM, Pusat pendidikan UTM dan Politeknik Pagoh yang keseluruhannya menelan kos antara lima hingga lapan billion ringgit! (banyak okay..bila laa nak siap)

Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin. Beliau berkata Hub Pendidikan Pagoh akan menyumbang kepada peningkatan modal insan dan masyarakat tempatan mempunyai banyak peluang terbuka untuk memajukan diri serta meningkatkan ilmu pengetahuan. 

Yes itu adalah sangat-sangat betul..sebab apabila peluang pekerjaan semakin meningkat ekonomi masyarakat setempat akan semakin bertambah. 

Semoga Fasa pertama ini siap dengan sempurna dan lepas aku habis degree nanti banyak peluang pekerjaan yang ada...suka-suka..:)

Sunday, September 11, 2011

cahaya hati

Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala


Reff:
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala


Back to Reff:
Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu


Back to Reff:
Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah