Saturday, August 27, 2011

baik raya

dalam bas seremban - muar


UiTM Negeri Sembilan - Kuala pilah : teksi
Kuala Pilah - Seremban : bas cityliner
Seremban - Muar : bas transnasional
Muar - rumah : kereta makcik
mesti ada orang cakap apa daa nun ni..balik raya pun nak cerita dalam blog..
aku akan jawab biar laa..
aku dah tak da mak aku dah tak de tempat nk cerita..
korang lain laa..boleh cerita semua kat mak..
balik kampung terus cari mak..
:(

apa-apa pun aku masih ada nenek yang boleh aku anggap mak...


Sunday, August 21, 2011

Lailatulqadar malam yang dinantikan


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan.

 Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Orang yang beribadah pada 10 malam yang terakhir akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.


Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar. 


p/s: marilah kita bersama2 memburu malam yg penuh rahmat ini..

Tarikh penting pelajar UiTM Diploma Sains-biologi semester 5.


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


1-10-2011     BIO310 (Human biology)     9.00 am - 12.00 pm

5-10-2011     CHM301 (Organic Chemistry II)     9.00 am - 12.00 pm

7-10-2011     CSC317 (Internet Programming)     8.30 am - 11.30 am

Usaha..Taqwa...Mulia...
Semoga berjaya...

Thursday, August 18, 2011

18 Ramadhan..

tak ada apa nak cerita..
cuma nak cakap aku rindu kt adik-adik..
raudhah dan oomel..
orang-orang rumah...
nak bersahur dan berbuka puasa bersama-sama..

raudhah dan oomell...

untung dan bersyukurlah pada sesiapa yang dapat berpuasa dengan yang tersayang (mak abah)..
pada yang tak...
hanya al-Fatihah dapat dikirimkan...

hati kecil

kenapa tak percaya ke..?
kalau tak percaya pun kene percaya juga..
sebab dah terbukti dah..
tak payah nak buat muka sangat...
tahu lah kau cantik..
kalau dah salah tu...
 minta la maaf..
agaknya susah sangat kot nak cakap perkataan
MAAF..


..............tamat................

Thursday, August 11, 2011

~kisah jilbab~


Ada seorang wanita yang terkenal taat beribadah. Ia sentiasa melaksanakan ibadah sunnah. Hanya satu kekurangannya. Ia tak mau berjilbab. Menutup auratnya. Setiap kali ditanya ia hanya tersenyum dan menjawab, “Insyaallah. Yang penting hati dulu yang berjilbab.” Sudah banyak orang yang menanyakannya maupun menasihatinya. Tapi jawapannya tetap sama.

Hingga di suatu malam…
Ia bermimpi sedang di sebuah taman yang sangat indah. Rumputnya sangat hijau, pelbagai macam bunga bermekaran. Ia bahkan dapat merasakan segarnya udara dan wanginya bunga. Sebuah sungai yang sangat jernih hingga dasarnya kelihatan, melintas di pinggir taman. Semilir angin pun ia rasakan di sela-sela jarinya. Ia tidak sendiri. Ada beberapa wanita disitu yang juga menikmati keindahan taman. Ia pun menghampiri salah seorang wanita. Wajahnya sangat bersih, seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut.

“Assalamualaikum, saudariku..”
“Wa alaikumsalam.. Selamat datang, saudariku.”
“Terima kasih. Apakah ini syurga?”
Wanita itu tersenyum. “Tentu saja bukan, saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum ke surga.” “Benarkah? Tak dapat kubayangkan seperti apa indahnya syurga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini.”
Wanita itu tersenyum lagi. “Amalan apa yang dapat membuatmu kemari, saudariku?”
“Aku selalu menjaga waktu solat dan aku menambahnya dengan ibadah sunnah.”
“Alhamdulillah..”
Tiba-tiba jauh di hujung taman ia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka. Dan ia melihat beberapa wanita yang berada di taman mulai memasukinya satu persatu.
“Ayuh, kita ikuti mereka.” kata wanita itu sambil setengah berlari.
“Apa di balik pintu itu?” katanya sambil mengikuti wanita itu.
“Tentu saja syurga, saudariku” larinya semakin cepat.
“Tunggu…tunggu aku..” ia berlari namun tetap tertinggal.
Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenyum padanya. Ia tetap tak mampu mengejarnya meski ia sudah berlari. Ia lalu berteriak, ” Amalan apa yang telah kau lakukan hingga kau begitu ringan?”
“Sama denganmu, saudariku.” jawab wanita itu sambil tersenyum.
Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, ia berteriak pada wanita itu, “Amalan apalagi yang kau lakukan yang tidak kulakukan?”
Wanita itu menatapnya dan tersenyum. Lalu berkata, “Apakah kau tak memperhatikan dirimu apa yang membezakan dengan diriku?”
Ia sudah kehabisan nafas, tak mampu lagi menjawab.
“Apakah kau mengira Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke surgaNya tanpa jilbab menutup auratmu?”


Tubuh wanita itu telah melewati pintu, tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar, memandangnya dan berkata, “Sungguh sangat disayangkan amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki syurga ini. Maka kau tak akan pernah mendapatkan syurga ini untuk dirimu. Cukuplah syurga hanya sampai di hatimu kerana niatmu adalah menghijabi hati.”

Ia terpegun..lalu terbangun..beristighfar lalu mengambil air wudhu. Ia tunaikan solat malam. Menangis dan menyesali perkataannya dulu..berjanji pada Allah sejak saat itu ia akan menutup auratnya.

dari : sini

Sunday, August 07, 2011

~Lelaki~

Lelaki yang cantik, kacak , segak........ 
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Adalah lelaki yang tidak pernah meminta sebaliknya menyenangkan
Adalah lelaki yang tidak melukakan, tetapi mengembirakan
Adalah lelaki yang selalu menangis akan dosanya dan sentiasa memohon ampun terhadap ILLAHI...

Tuesday, August 02, 2011

~Ditipu,menipu,tertipu,tipu-tipuan~

aku ni ditipu ke..
aku yang menipu ke..tapi rasenya aku tak menipu..
atau aku yang tertipu sebab die menipu aku..
tapi aku buat-buat tipu hati aku yang dia tak menipu aku..
tapi alasan dia tipu aku memang macam penipu..
konon-konon aku ni mudah tertipu lah tu..
cukup-cukup lah tu menipu aku yang mudah tertipu ni..
tengok je aku tak marah sebab ko menipu..
sebenarnya mulut aku tipu je cakap tak marah..
dalam hati marah membara sebab ko penipu..
aku tak tahu lah ko tipu ke..aku yang tertipu atau ditipu ke..atau ko saje-saje menipu..
tu urusan antara ko dengan Dia..
aku selalu cakap TIPU dosa mati seksa..!
mungkin aku dah maafkan ko sebab menipu aku yang dah tertipu ni..
tapi ko kena ingat hidup ni macam roda..
sekali ko dah menipu kat orang yang ko tipu..
tak mustahil satu hari nanti ko pun akan ditipu...
sekian...jangan menipu lagi....!




p/s: tak boleh tidak jangan menipu kat sesape pun..