Sunday, February 13, 2011

- laWak saje -

Lawak 1
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca
kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada
penjaga bilik berkenaan.

Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
...

Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua
pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis: Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...


Lawak 2
Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.

Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?"

Suami : "Ooo.. awak nak tau ye??
...

Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya... secara spontan burung
kakak tua itu menyanyi Lagu Pop... Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula...

Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?"

Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!"

Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah
tangannya dan terdengarlah...

Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"


Lawak 3
KUIH...

IKUTILAH PERBUALAN SUAMI & ISTERI INI DI SEBUAH FLAT XXXX.

SUAMI : awk tahu buat kuih biji nangka?
...

ISTERI: kuih biji nangka? tau sesangat..

SUAMI: kuih tepung gomok.

iSTERI: tau.

SUAMI: Haa..kuih ni mesti awk tak reti buat.Kuih puteri mandi.

ISTERI: hek'eleh! Kuih tu buat celah gigi aje nak buat.

SUAMI: Dah tu apsal asyik buat cekodok,cekodok,cekodok,goreng pisang,cekodok,cekodok,goreng pisang,cekodok,cekodok?

ISTERI:Makan je la!!! ( dengan perasaan lurah pegi masuk bilik) (lurah ialah malu+marah)
kahkahkahkah.........

No comments:

Post a Comment