Tuesday, May 29, 2012

Ya Sudahlah.

Assalamualaikum..


Ketika mimpimu yg begitu indah
Tak pernah terwujud ya sudahlah
Saat kau berlari mengejar anganmu
Dan tak pernah sampai ya sudahlah
* apapun yg terjadi ku kan selalu ada untukmu
Janganlah kau bersedih ’cos everything’s gonna be okay

Friday, May 11, 2012

Kembara Mahkota Johor 2012.

Assalamualaikum...

Kembara Mahkota Johor kembali lagi..
Ingat lagi dulu kecil2 masa sekolah rendah duk tunggu depan sekolah sebab nak melambai motor2 besar. Tak tahu penat pun masa tu. Seronok duk main2 dengan kawan-kawan adalah.

Sumber: KMJ2O12


Sultan Johor
ps: Semoga selamat hendaknya perjalanan Kembara Mahkota Johor kali ni...:)

Tuesday, May 08, 2012

Anak.

Assalamualaikum...

Anak perempuan senang nak didik tapi susah nak jaga. Anak lelaki senang nak jaga tapi susah nak didik.

Tapi zaman sekarang ni dengan tv, fb, twitter dan macam2 teknologi berinternet yang ada kalau di salah gunakan..anak-anak tak kira lelaki atau perempuan kalau tak di didik dari kecil dah besar memang susah nak di jaga. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting...:)

Sunday, May 06, 2012

Pagi tadi.

Assalamualaikum..

Pagi tadi aku teman nenek pergi balairaya. Katanya ada orang buat check kesihatan. Aku pun vrom vrom moto g balairaya dengan nenek. Sampai-sampai tengok tak ramai lagi. Lepas nenek aku kena check tiba-tiba orang tu panggil aku.

"yang kat sana tu tak nak check ke?"
Aku "Err....tapi saya tak bawa ic"
"Tak pe2..tapi ingatkan no. ic"

Aku pun duduk kat kerusi untuk di check tekanan darah.

"Umur berapa dik? Dah kahwin belum ni"
"Hah..belum lagi kak (patutnya aku dah boleh panggil makcik). Saya 21 baru habis belajar. Akak dari mana?"
"Owh muda lagi. Saya dari Johor. Sebelum ni penah check kolestrol tak?"
"Tak penah kak. Nape ye?"
"Tekanan darah awak rendah tapi jantung awak pam laju. Pernah tak rasa nak pitam ke pening-pening ke?"
"Pernah juga. Kalau macam baring lama sangat pastu bangun jadi pening"
"Awak selalu terkejut atau berdebar-debar ke? Awak ada semput ye?"
"Berdebar-debar? Emm..tak de kot kak. Dulu masa kecil2 saya memang ada semput sekarang tak da rasanya"
"Suka minum air 100 plus x?"
"Tak sangat kak. Saya kurang minum kalau dah teringin baru minum. Nape kak?"
"Balik rumah nanti banyakkan minum air masak jangan amalkan minum air gas ye. Takut semput awak datang balik. Petang2 buat senaman sikit ke. Kalau rajin main laa badminton ke berbasikal ke ye"
"Okay kak. Terima kasih kak"

Selesai. Aku pun ajak nenek aku balik. Tapi orang yang check2 tu dok tahan. Dipendekkan cerita sebenarnya dieorang nak promote sejenis kopi kesihatan namanya Mah**** De**... Dan nenek aku serta hampir kesemua yang datang ke balairaya itu telah membelinya. Harga kopi tu ialah RM130 berserta keahlian. Haii laa manusia..kalau nak jual cakap la dari awal. Kalau aku duk rumah dah siap masak kot. Tapi takpela maybe ni rezeki dieorang.  "Tangan ke bahu, mata ke atas"

Saturday, May 05, 2012

Ayam masak ungkep.

Assalamualaikum..
Hai semua.. sihat tak? Ramahnya laa aku.hihi Sebenarnya nak share satu benda ni. Semalam tengahari aku masak lauk ayam masak ungkep. Orang kata ni makanan jawa. Dari segi mana yang jawanya pun aku tak tahu. Sapa nak try masak boleh laa try resepi aku ni..cehh resepi aku eh.. Sebenarnya aku pun tengok resepi orang lain juga cuma aku ada tambah sikit2 je.

Bahan-bahan:
Ayam (potong kecil-kecil tapi jangan kecil sangat pula ye)
*4 biji bawang merah (bawang merah aku besar-besar)
*2 ulas bawang putih
*2 sudu makan ketumbar
*1 sudu makan jintan putih
*2cm kunyit hidup (kalau pakai serbuk kurang sedap)
*1cm halia
*5 biji cili padi (kalau nak pedas lagi boleh tambah)
2 batang serai - diketuk
sekeping asam keping
garam
air

Cara-caranya:
1. Blend/kisar bahan yang bertanda *. Kalau rajin nak tumbuk pun boleh juga. Aku blend je sebab nak cepat.
2. Panaskan minyak (jangan letak banyak sangat). Tumis bahan yang di kisar tadi bersama serai sampai pecah minyak ataupun garing sikit (agak-agak dah naik bau). Masukkan sedikit garam.

3. Masukkan ayam dan gaul rata. Tambahkan sedikit air. Tutup kuali. Biar dalam 10-15 minit supaya ayam masak.

4. Masukkan asam keping. (Kalau ayam tak masak lagi tambahkan sedikit air)
5. Bila dah agak-gak kering tutup api. Dah siap.. Sedap kalau makan dengan nasi panas..:)

Friday, May 04, 2012

Fesyen Muslimah : Trend & Hukum.

Assalamualaikum..
Jom kita tengok video ni...:) Isu sanggul bonggol unta, tudung ala paderi sister gereja, pakai tudung macam bungkus aurat sahaja dan lain-lain.