Saturday, February 11, 2012

Kenapa aku diuji?

Assalamualaikum..

Aku kalau ada masalah atau sesuatu berlaku kat aku mesti dalam kepala fikiran aku ni akan keluar soalan ni. Kenapa aku? Kenapa tak orang lain? aku nak rasa bahagia juga macam orang lain. Tapi tu dulu masa aku tak boleh nak fikir kenapa aku diuji. Pernah suatu ketika aku diuji dengan dugaan yang paling besar dalam hidup aku pada awal tahun 2004 di mana tiga insan yang sangat bermakna dan sangat aku sayang meninggalkan aku buat selamanya. Hidup aku kosong masa tu. Zero. Yang rapat memberikan simpati. Tapi aku macam tak da perasaan. Aku macam orang tak betul walaupun mereka nampak aku betul. Aku tetap teruskan hidup aku yang zero. Sampailah akhir tahun 2004, negara dikejutkan dengan tsunami. Aku tersedar terasa macam aku kena penampar, hati aku terkesan bila aku tengok lagi ramai yang diuji dengan ujian yang sangat dasyat. Aku terdiam. Ya Allah ampuni aku..

Sebenarnya aku nak kongsikan sesuatu tapi introduction aku mungkin terlalu panjang. Mohon maap.
Sumber: Allahseeker

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." 
(Surah Al-Ankabut:2-3)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya." 
(Surah Al-Baqarah:286)


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,
di medan perjuangan) & bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Surah Al-Imran : 200)
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah : 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."(Surah At-Taubah : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
(Surah At-Taubah : 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!
"... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf : 12)



I said to Allah : "I hate life"
Allah replied :"Who asked you to love life..??
Just love me and life will be beautiful ♥

ps:Semoga aku dan mereka akan bertambah kuat hatinya...

5 comments: