Sunday, January 20, 2013

Target cuti sem.#1

Assalamualaikum..

Aku dah kat rumah sekarang..dan tengah sambil-sambil mendengar lagu maafkan aku.. best lagu ni..^_^
Tujuan asal on lappy sebab nak isi kan upu uda.. tapi melencong ke lain pulakk dah..

So cuti sem ni nak buat ape..? Takkan nak ngadap tv je kan..
Lecturer awal2 dah warning nanti naik sem 2 saya nak tanye apa yg awak dah belajar sem 1.. ooohhh tidakk habis laa aku..
So disebabkan aku ni cepat noo lupa lagi-lagi cuti panjang ni..aku bawak laa buku-buku kesayangan balik rumah.

Apa yang aku target cuti sem ni:
1. Nak biasakan lepas solat maghrib kena tambah solat hajat..kalau sebelum ni aku jarang2 buat solat hajat..
2. Buat pocket book untuk palpation bone & muscle.. Nak buat lawa-lawa dan tahan lama.. bagi menarik sikit aku nak tengok.. penting kot
3. Mahirkan lagi pasal jenis2 exercise tu.. tapi masalahnya buku therapeutic exercise aku tak bawak.. tak pe try dulu..
4. Buat note untuk anatomy & physiology. Sem depan tak de laa aku blur2 masa lec ajar kt depan.. yang ni penting sbb dah tahu sem depan belajar tajuk ape.. so buat2..!!
5. Settle kan arwah abah punya kwsp..
6. Teruskan dengan circuit training...hahaha mcm mampu je ko yatii...insyaAllah boleh..

Dah macam azam tahun baru laa pulak. haha
InsyaAllah boleh...!
gambar hiasan saje..hihi



Friday, January 18, 2013

Maafkan Aku- Last Minute

Assalamualaikum...


Dan apa
Yang kau mau kan dari ku

Telah lamaku kata
Yang ku cinta sepenuh hatiku

Sampai bila
Harus aku menunggu cinta mu
Dan pabila ku sedari
Kaulah yang pertama kucintai

Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu
Dengarkanlah sekali lagi

Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata I said i love youu..

Dan apa
Yang kau mau kan dari ku
Telah lamaku kata
Yang ku cinta sepenuh hatiku

Sampai bila
Harus aku menunggu cinta mu
Dan pabila ku sedari
Kaulah yang pertama kucintai

Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu
Dengarkanlah sekali lagi

Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata I said i love youu..

Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu

Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata Oh i love youu..

Oh Maafkan aku.

Thursday, January 03, 2013

Januari datang lagi.

Assalamualaikum...

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada perasaan sedih dan dukacita, aku berlindung kepadaMu daripada lemah dan malas, aku berlindung kepadaMu daripada bahkil dan penakut dan aku berlindung kepadaMu daripada beban hutang dan tekanan perasaan.”

“Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu kenikmatan, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga, Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

Thursday, December 27, 2012

Saya mahu kahwin.

Assalamualaikum...

Saya mahu berkahwin dengan orang yang know my right as a woman and as a wife. Yang include me in a part of a big decision making. Yang boleh dibawa berbincang.

Saya mahu berkahwin dengan orang yang boleh membimbing saya ke jalan Allah. Yang boleh membuat diri saya lebih dekat dengan Allah. Yang sentiasa menegur dengan baik bila kesalahan dilakukan.

Saya mahu berkahwin dengan orang yang tahu jaga maruah isterinya. Yang senantiasa menghargai segala usaha kerja isterinya. Yang memahami akan isterinya.

Bukan dengan orang yang pandang perempuan ni lemah. And use that “I’m your husband. Disobey me and you’ll sin” power. And treat us more like a slave rather than their life partner.

I’m just saying..